~ my friends ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, August 13, 2012

.: 10 malam terakhir :.

assalamualaikum ^_^
dan juge selamat pagi =)

diam tak diam, kita semua dah berada di 1/3 terakhir bulan ramadan..
alhamdulillah setakat hari ini saya puasa penuh..
macam mana dengan amal ibadat kia?
harap2 semuanya baik dan dipertingkatkan di malam2 terakhir ini...
alhamdulillah setakat hari ini masih mampu untuk berjaga walau keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan...
dari baba, umi sampai ke alya..kami semua selsema...huhuh..
tapi kena kuat semangat..
andai ini ramadan terakhir, harapnya malan diterimaNya..
tapi terus berdoa agar terus diberi peluang untuk bertemu ramadan di tahun depan...
i just love ramadan =)

2 minggu lepas ada ceramah sempena nuzul al-Quran. suami kak yati harun iaitu ustaz dari maahad hamidiah kajang datang sekolah untuk bagi ceramah
sangat2 interesting, informative dan yang penting asya tak mengatuk!
hihihihi...
students pun dengar dengan khusyuk dan bila ustaz mahathir bercerita especially tentang azab di kubur, pasal ibu bapa, terkesan juga di hati anak2 itu..

yang menarik perhatian saya, ustaz mahathir bercerita tentang azab di kubur tentang solat...
setiapa malan kita akan dipersoal dan kita tidak akan mampu berbohong..kenapa?
kerana setiap anggota badan kita akan menjadi saksi bagi setiap amalan kita.
yang paling utama akan dihisab adalah solat, 
SOLAT KAN TIANG AGAMA!
kalau solat tidak terjaga, macam mana pula amalan yang lain..
masa di alam kubur nanti, soalan yang akan ditanya adalah, 
manakah solat pertama kamu selepas baligh?
jika tiada, maka azab akan diberi,
ditanya lagi solat kedua kamu?
tiada?diazab lagi...
amat pedih azabnya, tubuh kita akan hancur berkecai dan akan dipulihkan semula untuk dihitung lagi amalan2...
ustaz mahathir tambah lagi, tiba-tiba ada satu azab tiba dari neraka..
di azab kenapa?
kerana anaknya tidak mendirikan solat!
kerana anak tidak mendirikan solat, ayahnya akan diazab di alam barzakh!
nauzubillah

kesian kat ayah kita =(
ingatan saya buat semua di luar sana, terutama anak-anak yang masih remaja (anak2?terasa tua lol!)
janganlah tinggalkan solat
bak kata ustaz mahathir, bila kite tinggalkan solat, umpama kita mendoakan ayah kita diazab di kubur nanti..
TAK NAK!!!!!!!!
semua kita sayangkan ayah kita kan?
terutama anak2 lelaki di luar sana, solatlah kerana ramai di dalam alam barzakh sana kalau boleh nak kembali ke dunia untuk kembali menunaikan solat..
bila tiba saat itu, tiada gunanya lagi

selagi Allah mengizinkan kita untuk terus bernyawa dan berdiri di bumi pinjamanNya, solatlah!
teringat kat arwah abah,
Allah, jangan seksa abah saya atas kesalahan yang saya lakukan =(

*peringatan untuk diri sendiri yang ada kalanya hanyut dibuai arus duniawi*
wallahualam

No comments: