~ my friends ~

Tuesday, August 28, 2012

kadang-kadang dalam hidup ini kita tidak semestinya akan selalu menang. adatlah, ada kalah, ada menang
tak semestinya kata kita sahaja yang betul. cuba dengar kata orang lain dan kaji, mungkin ada betulnya juga

mengalah bukan bererti kalah, sebalinya menang kerana berjaya mencari  perdamaian

terasa hendak memulakan hidup sendiri. tapi takut ada hati yang terguris, ibarat menarik rambut dalam tepung. rambut tak putus, tepung tidak bersepah...
*erk...ada ka ayat dia macam tu?hantam saje lah*

aish...jiwa kacau...tapi kena decide dalam masa terdekat..
oh Allah, please make things ease for me..

agar hati insan-insan yang disayangi tidak terguri dan insan yang paling disayangi tidak berkecil hati dan mengalirkan air mata... =(
assalamualaikum
dan hye! ^_^
masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri!
maaf zahir dan batin!

dan buat pertama kalinya sejak baligh...saya puasa penuh sebulan!
erk...jangan bat spekulasi itu..saya puasa penuh mungkin sebab alya masih menyusu badan =)

heee...raya tahun ini kali pertama beraya di rumah mertua
sedih dan sayu sebab first tie tidak beraya dengan ummi tercinta..
tapi raya ke4 seronok sebab balik penang semua sekali..
suke...suke... ^_^

rumah ibu mertuaku adalah sangat didatangi orang sanga ramai dari hari raya ke4 sehingglah sebelum saya bergerak ke penang pada hari raya ke4..
*letih basuh pinggan*

dan makan sangat banyak....ish ish...no good!

dan sekarang dah back ti work...heee....banyaknye kerja kene buat..lepas tu dengar2 macam sekolah cuti awal bulan 11, so time is running out!
syllabus takj habis lagi...pbs tak settle lagi...
*stress*

seminggu lebh berkepit dengan alya najihah, semalam macam alya tau2 je yang ummi dia nak start keje..
punyala manja..nak didukung dan dipeluk2 aje..
suus bitol pon tak mau...nak nyut nyut aje...
*pergi sekolah pon dok terbayang muka comel dia...adeh...NAK JADI SURIRUMAH BOLEH?*

banyak sebenarnya nak tulis, sambung nanti...
mau pergi siapkan minit mesyuarat math yang tertangguh itu...hehehehe

Monday, August 13, 2012

.: 10 malam terakhir :.

assalamualaikum ^_^
dan juge selamat pagi =)

diam tak diam, kita semua dah berada di 1/3 terakhir bulan ramadan..
alhamdulillah setakat hari ini saya puasa penuh..
macam mana dengan amal ibadat kia?
harap2 semuanya baik dan dipertingkatkan di malam2 terakhir ini...
alhamdulillah setakat hari ini masih mampu untuk berjaga walau keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan...
dari baba, umi sampai ke alya..kami semua selsema...huhuh..
tapi kena kuat semangat..
andai ini ramadan terakhir, harapnya malan diterimaNya..
tapi terus berdoa agar terus diberi peluang untuk bertemu ramadan di tahun depan...
i just love ramadan =)

2 minggu lepas ada ceramah sempena nuzul al-Quran. suami kak yati harun iaitu ustaz dari maahad hamidiah kajang datang sekolah untuk bagi ceramah
sangat2 interesting, informative dan yang penting asya tak mengatuk!
hihihihi...
students pun dengar dengan khusyuk dan bila ustaz mahathir bercerita especially tentang azab di kubur, pasal ibu bapa, terkesan juga di hati anak2 itu..

yang menarik perhatian saya, ustaz mahathir bercerita tentang azab di kubur tentang solat...
setiapa malan kita akan dipersoal dan kita tidak akan mampu berbohong..kenapa?
kerana setiap anggota badan kita akan menjadi saksi bagi setiap amalan kita.
yang paling utama akan dihisab adalah solat, 
SOLAT KAN TIANG AGAMA!
kalau solat tidak terjaga, macam mana pula amalan yang lain..
masa di alam kubur nanti, soalan yang akan ditanya adalah, 
manakah solat pertama kamu selepas baligh?
jika tiada, maka azab akan diberi,
ditanya lagi solat kedua kamu?
tiada?diazab lagi...
amat pedih azabnya, tubuh kita akan hancur berkecai dan akan dipulihkan semula untuk dihitung lagi amalan2...
ustaz mahathir tambah lagi, tiba-tiba ada satu azab tiba dari neraka..
di azab kenapa?
kerana anaknya tidak mendirikan solat!
kerana anak tidak mendirikan solat, ayahnya akan diazab di alam barzakh!
nauzubillah

kesian kat ayah kita =(
ingatan saya buat semua di luar sana, terutama anak-anak yang masih remaja (anak2?terasa tua lol!)
janganlah tinggalkan solat
bak kata ustaz mahathir, bila kite tinggalkan solat, umpama kita mendoakan ayah kita diazab di kubur nanti..
TAK NAK!!!!!!!!
semua kita sayangkan ayah kita kan?
terutama anak2 lelaki di luar sana, solatlah kerana ramai di dalam alam barzakh sana kalau boleh nak kembali ke dunia untuk kembali menunaikan solat..
bila tiba saat itu, tiada gunanya lagi

selagi Allah mengizinkan kita untuk terus bernyawa dan berdiri di bumi pinjamanNya, solatlah!
teringat kat arwah abah,
Allah, jangan seksa abah saya atas kesalahan yang saya lakukan =(

*peringatan untuk diri sendiri yang ada kalanya hanyut dibuai arus duniawi*
wallahualam

Tuesday, August 7, 2012

.: rakib atid :.

lesson learnt!
teringat masa hari selasa lepas buka puasa kat masjid besu dgn ummi n kawan2 umi..so alya pun sgt gembira sebab ramai nenek yang melayan...hihihi..
seronok sembang2 dgn mereka2 ini...banyak ilmu dapat..
ada sorang makcik tu buka cerita tentang maliakat rakib dan atid yang mencatat setiap amalan kebaikan dan perbuatan kejahatan di kanan dan kiri kita yang kita lakukan..tidak terlepas walau satu amal baik atau perbuatan jahat yang kita lakukan..

erm...saje saje google pasal rakib dan atid..baru saya tahu..ada a few blogs mentioned that malaikat yang menulis tu bukan nama rakib dan atid, sebaliknya kedua2 malaikat bersifat rakib atid..apa maksud rakib dan atid?

Allah SWT berfirman:
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ . إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ . مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Mafhumnya: “Tiada satu ucapanpun yang dilafazkan melainkan ada malaikat yang memerhati dan yang selalu hadir.” (Qaf: 18) 

berdasarkan ayat di atas, apa yang saya faham dan berdasarkan pembacaan dari beberapa blog yang mmebincangkan tentang hal ini, kedua-dua malaikat yang mencatat baik dan jahat yang kita lakukan bersifat rakib ( memrhati) dan atid (hadir). dan bila saya baca dan fikir, haruslah kedua dua malaikat ini mempunyai sifat2 tersebut untuk memastikan setiap malan yang kita lakuakn tidak terlepas dari pandangan untuk dicatit bagi perhitungan di akhirat kelak...
wallahualam

make me think...banyaknya dosa yang dilakukan...takutnye bila memikirkan pahala yang dibuat tidak cukup untuk overtake dosa yang banyak...

hmmm....perubahan dah ada...tapi sedikit goyanh sebab sangat lah liat nak istiqamah....
sedih =(((((((

.: alya najihah first birthday :.

.happy first birthday alya najihah...
according to hijrah year, alya was born on 18 ramadan 1432H..so on this date, i have safely delivered a lil human named alya najihah a year ago..sp alya dah setahun lah!!!!

alhamdulillah...sebelum ni tak berkesempatan untuk menceritakan pengalaman bersalin dan membesarkan alya najihah..
alya najihah anak yang bijak dan banyak akai!
ada saja yang nak dibuat. tak boleh duduk diam...
suka explore....
hee.....
aktif... *macam umminya kata babanya*

erm...teringat balik setahun yang lalu. kalau nak diikutkan alya dah overdue, ikt edd 12 ogos 2011 tapi tak ada tanda2 pun, umminya ni tak ada rasa sakit langsung
rilek aje..weekend tu siap pegi jalan jalan kat bazar
*konon-konon nak bagi bersalin cepat*
sampaila hari isnin, saya masih berpuasa.
selepas je solat asar, rasa sakit perut.
lepastu hilang, ok buat macam biasa je. lepas 5 minit, sakit lagi, dan lagi...dan lagi..
lepas tu check kat toilet ada show.
terus panggil umi. siap2 siap bawa bekal nak buka puasa pergi la klinik.
sampai2 kat klinik, masuk kat satu bilik ni, macam bilik menunggu untuk check sebelum layak masuk ke labour room...heeee...
check2, baru buka 1 cm, doktor tu suruh pegi hosp kajang...saya mestilah tak nak..dah hospital putrajaya dekat dengan rumah, apa perlu ke kajang pulak..
encik zauji pun datang, bincang2, balik rumah saja..

rasa tak sedap hati, pergi hosp serdang. still bukaan 1 cm, balik rumah dan tidur..
dalam pukul 6 am tersedar, rasa basah je, tgk2 ada lendir + darah...sangat takut. tak tahu nak buat apa, kejut zauji, kejut umi, sekali lagi ke hospital serdang.
still bukaan baru 2 cm...tapi perut dah sakit sangat2 dah...
kalau dah bukaan 4 cm baru diorang bagi masuk labour room.
so, balik rumah la..apa lagi...huhuhu

rehat je kat rumah, hari rabu tu cuti nuzul quran, so zauji cuti..
dalam lepas zuhur, aunty dari lumut call tanya dah bersalin ke..bila dengar belum n i'm happily landing at home, terus diarahkan ke hospital untuk check if the baby ok since dah overdue.
pergi la hospital, checl baby semua ok, contraction on and off..doktor dah nak suruh balik dah.
sambil tunggu doktor tulis kat buku warna merah tu, saja je cakap kat doktor, this is the dialogue...still ingat, walaupun dah setahun...hehehehe

'puan balik dulu, contraction dah kuat, datang balik'
'ok...saya sebenarnya harap sangat2 baby keluar tak petang ni, pagi esok sebab bapanya ada kat sini'
'suami puan duduk mana?'
'suami saya kerja di sg besar, hari ni nuzul quran cuti, so dia ada kat sini'
'owh...doa2lah puan yer'

me pon tunggu saja kat depan tu nak tunggu buku merah....
lepas tu...
'pn wan rafidah, puan bersalin je lah sekarang since puan harap nak bersalin malam ni atau esok pagi kan?'

boleh?terkejut teman, sebab dah set in mind nak balik rumah dan berehat saja...
heeeee.....

masuk labour room lebih kurang pukul 6 pm. zauji taman..sakit2 macam tu la...paling tak tahan dan tak suka bila nampak encik doktor masuk beramai2 dengan staf nurse semua...mesti nak seluk check bukaan...
tak suke!!!!!sakit owh...
*part paling tak best bila memikirkan nak mengandung lagi....*
tapi nampaknya tak ada rezeki nak bersalin normal, sampai 9 jam dlam labour room, bukaan takat 5 cm je dan takut baby lemas, so, doktor decide nak operate aje lah teman...masa tu dah tak kisah dah..sebab dah lama sangat sakit, janji baby keluar denagn selamat...

alhamdulillah, alya ws born on ramadan 18, 1432H=18 ogos 2011 @ 6.40 am, weight 3.34 kg..
since kena c-zer, duduk la hospital 3 hari..

n pejam celik pejam celi..alya dah setahun
allahuakhbar..alhamdulillah...terbayang saat2 melahirkan alya setahun yang lalu..

jadi anak yang baik ye sayang....

      first day

 i can see the world!! alhamdulillah

 third day..first pic together..nak discharged sudah

 i'm home!!


one month old..demam =(

 2 months =)



3 months..masa marhaban


4 months old!~kecik2 dah pegi kenduri kawen...hehehe





5 months old~study!!!!




6 months old!!!!

 7 months old!

 8 months old...rambut dah banyak!

alya with maktok-9 months old!

 alya kena hfmd...

 calamaine lotion all over the body tapi layan tv ok...

alya with aunty fath!

10 months old!












rindu nak tengok alya tido macam ni....comfy je tgk!







yang sebelah ni how she sleeps now...nganga je mulut...


owh...lil princess at 11 months!


my all time fav rompers bought by maktok!

rasa macam mimpi kan...
kejap je anak umi dah besar...
bila tengok anak dah besar....rindu pulak tengok orang pregnant...
apekah?
heee...azam tahun depan mungkin...weeeee

as at 1 year old..alya dah banyak akai...sangat aktif

*fine...masa mengandungkan alya, I was busy handling my athlete from rumah biru while i'm 7 months carrying lil alya sampai semua cikgu pon pening tengok mak buyung ni berkejar ke sana ke sini...huhunow i know where the trait comes from...tetttt*

Wednesday, August 1, 2012

.: cerita 31 julai :.

ada apa dengan 31 julai?
rupa2nya ada jugak yang tak sedar bahawasnya bulan julai ada 31 hari...
hehehe

macam ni....
biasalah cikgu2 kelas akan tutup kedatangan pada hari terakhir setiap bulan
so, hari ini maka sibuklah semua cikgu kelas mengambil buku kedatanagn untuk menaganalisis kedatangan murid-murid dan juga menulis nama murid2 untuk bulan setarusnya...
*nyaris2 terlupa sebab kelas penuh hari ni*

tengah kami semua sibuk di bilik guru melengkapkan buku kedatangan,
masuklah kak ezlin nak borak2 dengan cikgu2 ni
tak sure macam mana boleh timbul isu ni tapi tiba2

'bulan julai ada 30 hari kan'
nana menyampuk 'ni mesti dah tulis attendance 1 ogos hari ni'
'aku dah tutup attendance semalam...bukan julai 30 hari ke..kan august 31st'
'x la...julai ada 31 hari la'~beramai2
'kak min ingat lagi masa sekolah rendah, cikgu ajar kira guna jari'
'patut la aku rasa aku tutup attendance awal..anak i siap cakap ari ni 31 julai..tapi i kata 1 ogos'

hehehehe...lawak giler..so janga la terkejut kalau ada kawan2 kita yang tak tau bulan julai ada 31 hari...heeee...contoh adalah seperti di atas