~ my friends ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, December 11, 2010

.: kisah kau dan aku :.

salam semua...
mulakan hari dengan senyuman
kerana senyum seindah suria kan membawa cahaya..
senyumlah dari hati, duniamu berseri..

bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan ruang untuk terus bernafas di bumi pinjamanNya ini..

erm,..nak mulakan post hari ini dengan cerita kisah saya dengan zauji saya..at this moment, my beloved zauji is still enjoying his sleep..biarkan aje..

kisah saya dan zauji bermula dengan izinNya melalui seorang 'friend'..yer..satu 'friend' yang menjadi penyebab dan ruang untuk kami bertemu..selepas tu, bermulalah kisah ym antara kami kerana masa tu zauji masih di mesir keranamenyambung pengajian ijazah beliau..dan saya pula masa tu tengah tunggu posting..sekitar pertengahan 2007..




alhamdulillah persahabatn kami tiada masalah, jika ada pon, zauji sangat2 penyabar kerana melayan kerenah saya ni..sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan antara manusia..pasti ada kadang kala perselisihan..tapi Alhamdulillah, kasih sayang kami terus ada antara kami..selepas zauji habis study kat Mesir, zauji balik dan pertemukan saya dengan ummi dan baba..n izah ada jugak masa tu..mula2 cuak jugak...yer la..kiranya masa tu lah yang tentukan sama ada perhubungan ini direstui atau tidak, diteruskan atau tidak..dupdapdupdap masa tu Allah sahaja yang tau..tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar, pertemuan hari tu berakhir dengan senyuman~30 januari 2010

semuanya berlaku dengan pantas, one day notice sahaja yang diberi oleh family zauji untuk datang merisik..huhu..nasib baik saya bercuti pada hari tu..perbincangan masa mrisik, 17 feb 2010 memutuskan untuk kami bertunang pada cuti sekolah bulan 3 dan berkahwin pada tahun 2010 jugak bergantung pada kelapangan dan kekosongan dewan..kepada yang bertanya kenapa 17 oktober?sebab tu je tarikh dewan yang kosong..hehe...no other reasons ek..

alhamdulillah pada 13 Mac 2010, kami selamat ditunangkan..semua berjalan lancar da melaui perbincangan, hantara semua dipersetujui, tarikh 16 october dipilih sebagai tarikh untuk bernikah dan 17 oktober sebagai tarikh kenduri =)

sepanjang bertunang, banyak betul dugaan, dugaan terbesar bila saya diuji dengan satu tragedi..kepda yng tau, tau jer lah..





Pada masa ini, selain keluarga yang banyak memberi kasih sayang dan semangat, zauji dan family juga antara insan-insan yang memberi dorongan dan semangat kepada saya bahawa hidup mesti diteruskan..masa ini putus harapan sangat..tapi Alhamdulillah kasih sayang zauji masih kuat bersama saya..zauji datang setiap kelapangan untuk berjumpa dan memberi semangat kepada saya..masa ni,thanx sayang...

ujian terus datang, macam2 sebenarnya..sampai satu tahap saya rasa macam tak nak teruskan apa yang sudah dimulakan..biarlah rahsia antara mereka2 yang tahu..tapi kita tiada kuasa, kalau Allah telah tulis, pasti akan terjadi..




Tarikh 16 octoberr 2010 menjadi saksi kami disatukan sebagai suami isteri selpas isyak di masjid besi, putrajaya..dengan 2 kali lafaz berwalikan mannan, kami sah sebagai suami isteri..sebak rasa di dada..


itulah serba sedikit kisah saya dan zauji..

zauji yang saya kenali semasa berkawan, di alam pertunangan dan selepas kahwin, masih zauji yang sama..sebelum kahwin,timbul jugak kerisauan kalau2 zauji akan berubah..Alhamdulillah masih zauji yang sama..

zauji saya seorang yang sangat penyabar dengan kerenah saya..ramai tak tau saya ni kuat buat perangai jugak..tapi zauji layankan je..teruatam when it's the time of the month..huhu..biasalah perempuan kan..zauji juga seorang yang bertolak ansur, tak berkira..senang untuk dibawa berbincang..jeinis mudah dan tak suka pening2kan kepala..bile saya tanya tak penat ke kene layan saya, drive kan saya ke sana sini...katanya tak de lah.. ikut aje la..tak yah serabut2 kepala..layan aje isteri~exact words tak ingat..tapi apa yang zauji cuba sampaikan, selagi die terdaya, dia akn cuba sebab tak nak tengok zaujahnya bersedih hati,.....auw =)

zauji juga tidak akan memaksa saya melakukan perkara yang saya belum bersedia ataupun tidak suka..

dan zauji juga seorang yang sporting, tidak pernah menyekat kebebasan saya, kerana padanya, walaupun saya dah menjadi zaujahnya, saya masih seorang anak, kakak, anak saudara, sepupu dan kawan kepada insan2 lain yang terlebih dahulu mengenali saya...sejujurnya sebelum kahwin, selalu terdetik adakah ruang masa saya dengan family saya akan berkurang dengan adanya suami?betul...dah la saya ni jenis yang memang rapat dengan family,mi, adik2 and coysins samua..kami sellau pergi cuti2 bersama...sebab bila tengok seorang sepupu saya yang dah kahwin jadicam kadang-kadang tidak bersama dalam aktiviti keluarga, saya menjadi risaU. adakah saya pon nanti macam tu...macam sedih jer..

tapi so far, saya masih ada ruang masa sebagai ahli keluarga dan juga rakan2... =)

contohnya, sesetengah suami memang tak bagi la kan isteri dia pegi jalan2 tanpa dia..tapi zauji sya sporting, beliau mengizinkan saya pergi bersama2 family yang lain bercuti..walaupun saya berat untu pergi, tapi zauji yakinkan saya untuk pergi, katanya 'tak kan nak duduk rumah, kemas rumah, basuh baju, masak je memanjang..pergi la keluar tengok dunia sikit'~see..how sporting he is..janji dengan syarat jaga batas2 saya sebagai seorang isteri...hehehehe...teruskan sifat sporting kamu yer zauji...






walaupun mungkin zauji ada kekurangan dari segi yang lain..well nobody's perfect kan..tapi seikhlasnya, saya bersyukur kerana berpeluang menjadi zaujahnya..cukup dengan apa yag dimiliki sekarang, ya Allah, biarkan ku terus senyum begini sehinggan ke akhirnya...insya Allah...

to zaujiku, mohd najmuddin bin ismail

terima kasih kerana memilih diri ini sebagai zaujahmu dengan izinNya..dan terus bersabar dengan kemengada2 an saya, kegedikan saya dan rengekan saya..bersanar mendengar keluhan saya, tahan dengar saya marah2 dan membebel, perangai saya sensitif dan merajuk nanges je kejenya...terima kasih kerana menerima kekurangan diri saya..
 


thanx for being the most sporting husband in the world =)

1 comment:

Nur Farah Hani said...

mdm, u make me felt that I want 2 get married lah.. ;p

Always pray 4 ur happiness.. ;DD