esok insya Allah kita semua akan menyambut hari raya aidiladha..ade yg panggil hari raya haji...ade yg panggil hari raya korban...sumenye pon btol...yg penting ia berlaku pada 10 zulhijjah pada setiap tahun hijrah..
pada yg berkemampuan pada masa bulan zulhijjah inilah mereka akan pergi ke mekah untuk menunaikan rukun islam ke5 iaitu menunaikan haji...insya Allah satu hari nti sy nak pergi menunaikan haji =)
erm...jom kite renung2 kembali tentang sejarah aidiladha...seperti yg kita sedia maklum...sedari kecil kite diberitahu sambutan adiladha adalah untuk memperingati peristiwa pengorbanan nabi ibrahim as untuk mengorbankan anaknya, nabi ismail seperti yg diperintahkan oleh Allah swt. wbgmanapun, saat2 nabi ibrahim mahu menyembelih anaknya, Allah telah menggantikan dengan seekor kibas..drpd peristiwa tersebut byk yg kita boleh pelajari, bagaimana seorg bapa sanggup mengorbankan anaknya demi perintah yg diturunkan oleh Allah swt dan bagaimana seorg anak rela dikorbankan demi cintanya kepada Allah swt...
selain itu, semasa aidiladha, kita disunatkan membuat ibadah korban jika berkemampuan. keistimewaan aidiladha berbanding aidilfitri di mana hari tasyrik adalah pada 1 syawal shj iaitu diharamkan berpuasa. utk adidiladha hari tasyrik adalah selama 3 hari, 10, 11 dan 12 zulhijjah dimana ibadah korban boleh dilakukan dalam masa 3 hari ini dan kita diharamkan berpuasa.
pada pagi aidiladha, kita semua digalakkan pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidiladha. n utk pengetahuan semua, seeloknya kita makan selapas pulang menunaikan solat sunat tersebut. pahala yg kita dapat seolah-olah kita berpuasa satu hari. lepas makan, ibadat korban akan dimulakan. antara yang dikorbankan dalah seperti lembu, kambing dan daging2 disedekahkan kpd org ramai terutama fakir miskin. insya Allah tahun keluarga saya wat korban....
i came across one nice article about scarifisation-pengorbanan..
check this link..
kerana manisnya pengorbanan
now nak cite sket ttg ibadat haji..
Perkara-perkara fardu di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram.
2- Wuquf di Arafah.
3- Tawaf Ifadhah.
4- Bersaie di antara Safa dan Marwah.
Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.
Perkara-perkara wajib didalam Haji:
Wajib: Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan serta wajib membayar Dam jika meninggalnya.
Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram dari Miqat.
2- Wuquf di Arafah.
3- Bermalam di Muzdalifah.
4- Bermalam di Mina.
5- Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.
6- Melontar setiap Jamrah.
7- Tawaf Wida'
Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan
selamat hari raya aidiladha
semoga kita semua mendapat keberkatan dan bertambah keimanan
sama2lah kita memahami pengorbanan dalam erti kata yang sebenarnya
insya Allah
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
1 comment:
selamat menunaikan ibadah korban, semoga diterima taqwa dan mendapat syurga di akhirat nanti.
Post a Comment