~ my friends ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, September 14, 2012

.: bukan tak mampu, tapi tak mahu :.

hye ^_^

baru2 ni sekolah tenpat saya mengajar smkj3 ada membuat satu program iaitu bacathon di mana murid2 dan guru2 perlu menjalankan kutipan bagi mengumpul dana untuk upgrade library dan juga beberapa tenpat di sekolah yang perlu diupgrade.

jadinya setelah lebih sebulan, minggu ni adalah penamat untuk program tersebut dan murid2 perlu memulangkan kembali kad bacathon bersama hasil kutipan.

*nak cerita pasal hasil kutipan sebenarnya*

sedih. kecewa. itu 2 perasaan yang berada dalam diri saya. percaya tak kalau saya kata ada murid yang hanya mengumpul rm8 sedangkan ibunya mempunyai sebuat restoran yang juga menguruskan katering di shah alam? percaya tak kalau saya kata ada yang berniat untuk memeulangkan kad bacathon tersebut dengan hanya rm1 terisi sedangkan beliau baru balik bercuti dari jordan? dan silalah percaya bila saya kata bahwa ada yang tidak pulang2 lagi kad tersebut sedangkan ayah beliau mempunyai beberapa rangkaian kedai menjual alat tulis. pathetic.

dan saya rasa saya tidak salah untuk memulangkan kembali kad tersebut dan meminta murid tersebut untuk menambahkan nilai dalam kad bacathon tersebut. rm10 pun takpelah bagi. sampai saya pula kena merayu supaya mereka memberi lebih. sedangkan mereka yang akan menggunakan kemudahan tersebut nanti. bukan untuk cikgu2. sedih kan. attitude kita sebenarnya.

teringat saya dulu mengajar di daerah luar bandar. cola pun rm100 je,hehehe. ada sebuah sekolah di mana boleh dikatakan lebih 70% teridiri daripada murid2 cina. ibubapa di situ tidak kedekut untuk mendermakan wang dan hasilnya bilik darjah dis ekolah tersebut mempunyai air cond! bila cerita tentang hal ni kepada anak2 murid saya, mereka kata 'ala cikgu, diorang kaya'. saya betulkan kembali. 'salah. bukan kerana mereka kaya. tetapi mereka memberi kerana mereka tidak kedekut' terdiam anak2 murid saya. ya. apa yang saya perhatikan, bila kita tidak kedekut dan memikirkan tentang keselesaan anak2, ibubapa tidak akan kedekut untuk membelanjakan. tapi bila ibubapa ini takut duit habis *duit tu semua boleh guna di dunia sahaja ye* kalau membelanjakan untuk kegunaan anak2 mereka. pada saya mereka bukan tak mampu, tapi tak mahu. ibubapa di bangi rata2nya sangat2 berkemampuan untuk menderma lebih daripada rm10. tetapi sebalinya, kurang daripada nilai tersebut yang mereka berikan.

lagi menyedihkan, bila murid2 ini lebih mampu untuk membeli jersey bola yang berharga lebih daripada rm30. saya memang perli je budak2 ni. tak de nak cakap lembut2 nye dengan diorang. kalau lembut, lagi diorang pijak kepala. students nowadays are not like us back then. sangat2 jauh berbeza, terutama dari segi adab. adab dengan guru memang hancur. sedih sebenarnya.


1 comment:

mama_QnR said...

Kak long, I am not sure if this would be relevant
Just an idea
Sekolah kat sini how they kutip derma for anything is :-

They will have a special day where every students bring £1 in exchange for not wearing uniform. They will have a theme - say spotty/stripe day etc. So setiap student bring £1, kata la ada 200 students - and say only 75% bawak, that's already £150. Kalau buat 3-4 each term, they will raise quite substantially

Or each student brings a chocolate/cake (whatever it is), then the next day they have a sale - jual balik to students for £0.50 - £1…

Very subtle, tapi it works!

Kalau sekolah kita i would say we have i don't know.. 600 students? more? less? anyway, if we have something like that, and collect rm3 - rm5 oer student, and say 75% je yg bawak, rm1,350 - rm2,250 sekali kutip (based on 600 students)… kalau setiap term buat 3 times, that is quite substantial… maybe slow la, tapi at least senang nak manage…

sebab i know bacathon, kutip derma dengan sign2 ni mmg leceh… most of the time kids malas… i know i was… and i think it's a bit outdated…

of course, only my suggestion, from what i have experienced..