~ my friends ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 12, 2012

.: rasa cinta yang halal :.

sejujurnya ucapkanlah rasa syukur sekiranya anda masih diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk merasai rasa sayang dan cinta kepada pasangan anda (untuk yang suami isteri sahaja ye =) )
hampir 2 tahun hidup berumahtangga, banyak juga pengalaman yang saya dah lalui. yang pahit, manis, kelakar, sedih..semua cukup. tipulah kalau tak pernah bergaduh. namapun manusia. tapi kena la pandai atasi. 
apa yang pasti saya sangat2 beruntung kerana mempunyai suami sebaik suami saya. sangat2 penyabar. memang penyabar. selalu mengalah dengan saya. saya pula jenis cepat hilang sabar. nak melenting saje dan sangat la terasa hati. tapi suami sangat2 bersabar dengan kerenah saya. bila marah tu memang tak ingat. bila duduk sorang2 macam sekarang ni. tengah malam ni. mula lah fikir apa yang saya buat. rasa berdosa pula. suami saya sangat penyabar. tapi saya pula cepat marah. sebab tu Allah temukan dan jadikan pasangan kita untuk melengkapi kekurangan kita. saya selalu bayangkan kalau suami saya pun macam saya. mesti tunggang terbalik rumahtangga kami...hehehe...
rasa cinta pada pasangan kita adalah anugerah Allah. saya yakin dengan itu. tak kan lah senang2 kita nak sayang dengan stranger yang tiba2 muncul dalam hidup kita kan?Allah lah wujudkan rasa sayang dalam diri kita untuk menyayangi suami/isteri kita. syukur syukur kerana saya masih mampu untuk mencintai suami saya. bila fikir apa yang suami saya lakukan dalam rumahtangga kami, saya selalu terharu. dan sedih kerana tak mampu lagi untuk duduk bersama dengan suami saya dan menjalankan kewajipan saya sebagai isteri. beban di hati, siapa yang tahu. kadang-kadang cemburu melihat kawan2 lain yang dapat menguruskan rumahtangga dengan suami. siapa yang tak nak?itulah satu2nya impian saya sekarang. on the top of my wishlist =)
saya selalu berangan untuk bangun pagi dan siapakn breakfast untuk suami, siapakn pakaian suami dan masak kan makan malam untuk suami. well, i did all that bila weekend. tapi tak sama rasanya bila mampu untuk berbuat demikian hari hari kan?

oh..ar..nak ingatkan..saya pasti ramai yang baca blog adalah anak2 muda kan.dan saya pasti ramai students saya yang baca ni...sila angkat tangan sikit sape anak murid teacher wan..ha...pandai...gud..gud..ni teacher nak pesan ni..ramai yang macam tengah bercinta tu kan..sama2 satu sekolah kan..sweet je teacher tengok. tapi teacher tetap nak pesan dan ingatkan. simpankan portion sayang kamu tu kepada pasangan lebih selepas kahwin nanti.trust me. bercinta lepas kahwin lagi best. lagi jiwang2 tau. dan kepada anak2 murid teacher yang lelaki tu, pastikan lengkap ilmu kesuamian dan kebapaan dan kemampuan untuk memberi nafkah dan menyara ahli keluarga nanti dan yang paling penting terimalah pasangan kita seadanya dan sentiasa berdoa kepadaNya..insya Allah =)
jiwang pulak malam ni. tapi tak salahkan. meluahkan rasa pada dia yang halal buat saya =)
lagi lagi pula tulis entry ni sambil layan lagu muara hati ost adam dan hawa..lagi la sayu!
adam dan hawa best!

the last thing that i want to do is to hurt people that i love =(
saya tahu bukan senang untuk puaskan hati semua orang, kalaulah saya boleh buat keputusan sendiri =(

doakan kami akan selalu mencintai satu sama lain sehingga ke akhir hayat kami =)

penguat cinta kami..umi n baba love u lil alya!

2 comments: