'senang la ye study jadi cikgu, senang dapat kerja'
'elok la orang perempuan jadi cikgu, kerja separuh hari, senang nak jaga anak'
'kerja cikgu ni mula2 je, lepas tu boring sebab dok buat benda yang sama je, ajar benda yang sama je'
'bestnya jadi cikgu. bila students cuti, cikgu pun cuti'
'wah kerja separuh hari pun tapi gaji riban riban'
kata-kata diatas adalah antara kata-kata yang sering saya dengar dan saya pasti orang kat luar sana pun sering dengar. betul tak? terllau ramai yang mengatakan kerjaya sebagai seorang guru tidak mencabar, kerja yang senang dan gaji pun banyak.
sejujurnya, itu juga yang difikirkan saya sebelum masuk ke alam kerjaya seorang guru. tapi, percayalah cakap saya, tak semua yang difikirkan itu saya sedang lalui.
senang dapat kerja sebab study untuk menjadi seorang cikgu. zaman saya alhamdulillah, Allah memurahkan rezeki saya untuk posting selepas 3 bulan saya grad. tapi sekarang ini saya dengar ada juga graduan2 course pendidikan yang tidak posting.
kerjaya sebagai guru ni boring sebab buat benda yang sama. saya baru 5 tahun mengajar tapi dah macam-macam perubahan yang ada yang mencabar kami guru-guru untuk menukar cara dan apa yang kami telah buat selama ini. antara perubahan yang saya lalui, teks untuk komponen sastera bm dan bi telah ditukar. so, cikgu-cikgu semua kena study dan memikirkan cara pengajaran p& p yang bersesuaian dengan teks baru tersebut penggunaan bahasa inggeris dalan p&p math dan sscience ke baha sa melayu kembali. ini sangat mencabar saya kerana masuk-masuk mengajar dulu memang mengajar dalam bahasa Inggeris, tetiba kena tukar ke bahasa Melayu. sangat mencabar kot sebab since i'm so used to teaching maths in engluih, then suddenly they change back to bm, sometimes i jusn can't find the right term in bm, so i use englsh term instead. hahaha. senang lagi rupanyer mengajar dalam bahasa Inggeris. nak buat macam mana kan. dan perubahan yang terkini yang menjadi isu di kalangan kami, pelaksana adalah sistem pentaksiran berasakan sekolah (PBS). frankly speaking, in a way i'm with the system but they just make it too drastically and it just doesn't fit our classroom size. it'll be more practical if we can reduce the number of students in a class but we just have too many students, yet not enough rooms to place our students. will explain more about pbs in next entry and my says on the new system...ha boring ke?be one, u'll know the 'cabaran' that we are facing. thank u =)
best jadi cikgu sebab cuti banyak. bila students cuti, cikgu pon cuti...ye ke?cuti sekolah yang 2 minggu pun kadang-kadang jena datang ke sekolah..cuti hujung tahn?kalau kena turn jaga exam spm, seminggu lebih je sempat cuti. lepastu dah sibuk attend meeting. bila dah attend meeting bermakna dah sibuklah nak menghadap sekolah for the next year..no, no..i'm not complaining but t anwer back on what people always say about being a teacher.
kerja separuh hari?jap..jap..punch in card 12. balik dalam 6.40..(ni untuk saya yang mengajar petang) dalam 6 jam++ la kan. kalau ofis, punch in dalam pukul 8, punch out dalam pukul 5 (and they have lunch break dalam sejam) so, they work for like 8 hours++..ok..but then, they don't have to work on saturdays.i could say that at the beginning of the year, in january i went to school for almost every saturdays. nampak kerja separuh hari tetapi jom buat calculation dari segi duration, barulah nampak kan?ni untuk sekolah 2 sesi. kalau sekolah satu sesi ( my first postig was at one of the smka and they ended at 2.30) and we don't have lunch break =) curi2 masa la ikut free time yang ada untuk makan =) and kalau saya stayback pon kami cikgu2 mana bole claim ot. so?
elok la orang perempun jadi cikgu, senang jaga anak. partially yes i agree. tapi sebagai seorang guru dan sekarang saya seorang ibu, tak semudah itu walaupun menjadi cikgu, ramai yang membayangkan senang nak jaga anak. pengalaman sendiri saya nak share. ditakdirkan pada satu masa tu ada emergency nenek suami meninggal, so saya terpaksa apply crk for 2 days (crk ada 7 days untuk setiap cikgu). lepas tu, aturan Allah, alya disetrang hfmd dan dia kene kuaratin. kuarantin bermaksud tak boleh keluar rumah=tak boleh pergi rumah pengasuh=ummnya kena cuti. nasib baik doktor itu berhati mulia untuk memberi saya mc. saya cuti direct khami, jumaat, sabtu, ahad. isnin dan selasa. dan bile telefon sekolah memang rasa serba salah untuk bagitahu tapi kerja, kerja jugak..anak perlu diutamakan. bos pon dah tak senang duduk sebab saya cuti straight. memandangkan students dah nak exam. tapi bukan saya yang plan. kalau la saya boleh plan semua tu, akan saya plan pada hujung tahun sebab masa tu cuti sekolah. kalau kerja pejabat setakat cuti straught seminggu tak ada apa2 kot. means tak ada la orang nak kejar sangat unless ada workload yang urgent. see? crk yang 7 hari tu lah untuk anak sakit, bawa mak ayah pergi hospital ke dan lain-lain emergency. saya ni kalau tak sihat pon akan gagah jugak untuk pergi sekolah sebab nak simpan cuti kalau2 alya tak sihat. yang penting anak. tak masuk lagi kalau kena pergi sekolah hari sabtu. serba salah nak hantar anak rumah pengasuh.
the hardest part on being a teacher is not the workload, or the duration of working hour but is at the risk.
apa pula ada risiko kalau jadi cikgu? cikgu2 ni bekerja dengan manusia yang bermacam peel nya. bukannya dengan machines yang kita boleh control.we can't contro humans. risikonya? kalaulah kita terlewat masuk ke kelas dan ada sesuatu berlaku di dalam kelas, kita tetap kena bertanggungjawab. kalau tengah jaga students tengah padang, jatuh ke cedera ke. kita juga kene ambil tahu. kalau jadi warden. segala hal yang berlaku di asrama, warden kena ambil tahu. saya pernan kena sekali. saya seorang, nak control 600 students yang ada di asrama. ada student fly ikut kawan. saya yang kena bertanggungjawab. kenapa?sebab masa tu saya yang duty, so semua students ada bawah tangggungjawab saya. see. the challenge is at the risk.
tapi saya bersyukur kerana Allah memilih saya untuk menjadi seorang guru. betul. sangat2 bersyukur. masa dulu2 memang pernah terfikir.alamak jadi cikgu je ke?tapi sekarang ni saya gembira yang saya seorang guru. bila tengok anak-anak murid berjaya, sejuk rasa hati. bilan anak-anak murid ingat kita. lapang rasa dada. bila jumpa tengah jalan, tak lekang gelaran teacher walaupun tak lagi mengajar mereka. special kan?sebab kalau kerja lain,tak ada kot dipanggil dengan gelaran jawatan yang dipegang. guru-guru adalah antara insan-insan yang didoakan. masih teringat kata2 umi, jadi cikgu ni memang tak jadi jutawan, tapi kalau baca doa, guru-guru akan selalu didoakan.
apa yang saya cakap ni bukan nak complaint. hanya meluahkan dan menceritakan sebenarnya apa yang cikgu lalui. yes, when i wasn't a teacher (yet), i do have the same thinking, but when i have become one. then i know what i'm going through. sebab tu nak jadi cikgu, perlu ada passion dan juga patience. plus, we're not dealing with machines. we are dealing with humans. not just ne human but 40++ humans at a time with different character, different feelings and different attitude. menguji mental, fizikal dan emosi okay!
kenapa tiba2 bangkitkan pasal being a teacher?actually entry ni buat ari sabtu hari tuh tapai tak sempat siap.lepas tu kecoh di fb pasal satu post ni untung laa sape jadi cikgu by ceyana
mula2 baca memang tersentap jugak.hello orang kutuk periuk nasi kot. tapi bila baca banyak kali......pon tersentap jugak..hehe..tapi in a way make me realise tanggungjawab aku. tapi apa yang dia tulis macam tak patut jer..korang bole baca lah apa yang beliau tulis.
beliau ada mention yang sebenarnya semua benda boleh belajar sendiri tanpa bantuan cikgu. erm...mungkin beliau dulu terus2 pandai kot. dan paling terkesan yang beliau ada sebut pasal yang cikgu ni ilmu tak berkembang.kiranya kalau bio..tau bio je..maths tau maths jer..dan sewaktu dengannya. seolah olahnya cikgu ni tak la berapa pandai sangat sebab tau satu perkara je. erk...pekerjaan lain memang tahu semua benda ke?erk... *tangan di bahu, mata di atas*
kat entry tersebut, beliau ada jugak comment yang membuatkan hati bertambah tersentap.
"tau takpe...and kalo aku dapat jadi cikgu pun..aku akan tergolong dalam golongan yang telah aku nyatakan..mmg aku nak jadi cikgu sbb gaji and keje senang je....sape taknak jadi cikgu...dihormati walaupun tak reti pape..."
"eh..orang lain kene la keje..kang cikgu takde gaji...agensi lain kan yang berhempas pulas mengerah tenaga nak bayar gaji cikgu yang mahal tu....ade ke plak semua jadi cikgu..takkan la dah terer2 tiba2 jadi cikgu je??"
kesian jugak kat beliau, kene hentam dengan cikgu2 ni..tapi terlajak kata tak boleh undur dik.
tapi kita sebagai cikgu perlu buka mata dengan beberapa teguran beliau. mungkin apa yang beliau sebut tu ada benarnya untuk sesetengah guru. tapi tak semua guru macam tu. tak baiklah terus tuduh semua cikgu macam tu. guru adalah profession yang mulia. mungkin ada segelintir pemegang amanah guru yang bererangai sebegitu.tapi tak semua. dan bercakap soal ikhlas.Allah je yang tau tahap keikhlasan kita.
ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu hitamh dalam kepekatan malam..nampak taknampak tak?susah kan nak nampak. tak kira apa pon pekerjaan kita, buatlah sebaik dan seikhlas mungkin. agar hidup penuh keberkatan
in a way, entry beliau boleh membuka mata guru-guru untuk berusaha lebih keras bai membuktikan apa yang beliau katakan adalah tidak benar. wallahualam =)
peace no war ^_^
No comments:
Post a Comment