hari ini terasa nak share tentang bagaimana saya sebagai guru menghadapi kerenah anak anak murid....erm...jauh beza btul dengan zaman saya belajar..sedih sebenarnya..
the way they talk seems like we teachers are their friends..frankly sometimes i do feel hurt and angry for they way they speak and respond..macam acuh tak acuh je jawabnya..tak serius bila kita mengajar..tak buat homework tu perkara biasa buat mereka..dan perkara luar biasanya ialah mereka tiada rasa malu bila didenda berdiri kerana tidak menyiapkan kerja rumah..macam bangga lagi ada la..ni nak cerita ni
saya denda murid murid lelaki sebab tiada sesiapa antara mereka yang mahu menjawab soalan di papan putih..yang membara di hati ini adalah bila ada seorang budak lelaki ini dengan tanpa rasa bersalah (dah la selalu ponteng sekolah) mengeluarkan sukat dan menyikat rambutnya dalam kelas saat didenda tu...rasanya apa perasaan cikgu dia (saya la tu)...mahu tak temper..abes satu kelas saya membebel...langsung tiada rasa hormat kat kita ni...
bila berdepan dengan kerenah kerenah macam ni..teringat kat anak anak..dan selalu titipkan doa agar anak anak ini dilindungi dari perbuatan negatif...agar anak2 ini disayangi dan disenangi insan insan yang mengenali..tahu menghormati dan mempunyai adab sopan terhadap golongan yang lebih tua...
penyejuk hati saya....