~ my friends ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, July 28, 2012

.: say no to negative things! :.

sedar tak sedar dah seminggu kita berpuasa..
cepat kan masa berlalu...
azam puasa tahun ni adalah nak hilangkan semua yang menyebabkan titik hitam di dalam hati seperti sifat cemburu, iri hati, sakit hati, buruk sangka n all the negative things that will blackened the heart. 
susah rupanya yer..
heeee....harap2 usaha ni berjaya...
puasa ni juga berazam to not to talk bad about people..
saya rasa saya nak berpegang pada prinsip kalau dia boleh mengata dia kepada saya, tak mustahil die boleh berkata tentang saya kepada orang lain...tak gitu?
itu pon dah buruk sangka kan...aish...susahnya...
so, moral of the story lepas ni kalau ada siapa2 yang nak mengata ke apa ke especially pasal 'kakak', i tink i wano to stop commenting and just smile...
harap2 mampu untuk berbuat demikian...
insya Allah =)

Thursday, July 26, 2012

.: come back....munkin? :.

wah....baca balik post2 lama...rindu la pula kat blog ni...blog ni dah banyak jadi tempat saya menulis..dari zaman belajar..kerja, belum kawen n sampai dah kawen...n now dah jadi mak orang kot..
*terasa diri ini tua*
rindunya nak menulis lagi..bukan tak ada masa cume amat jarang buka blog..hee....erm...shud i start back my writing?heee...

still not too late for me to wish you..yes you!yup...you, the one who reads this post
SELAMAT BERPUASA
semoga bulan puasa ini akan menjadikan kita semua insna yang lebih baik di sisiNya dan semoga kita semua dapat meningkatkan amal ibadat.
Sebelum puasa hari tu, to be exact, 2 hari sebelum berpuasa, my student passed away due to accident. rasa macam mimpi, nampak arwah lalu sebelah kereta the day befor. then pegi sekolah the next day, dapat berita kemalangan arwah dan alam masa 10 minit lepas dengar berita itu, dapat pula cerita arwah dah tak ada. petang tu lepas balik sekolah pegi ziarah rumah arwah. sedih, sayu tengok mamanya. naluri ibu saya tersentuh. kehilangan anak yang dikandung 9 bulan dan dijaga, hilang sekelip mata.
dah sampai masa. kita sebagai hambaNya harus redha. 
tapi, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

semoga allahyarham muhammad syahmi syafiq b mod syukri ditempatkan bersama orang2 yang beriman...insya Allah

Tuesday, March 1, 2011

pindah rumah

i'm moving to

http://storyhidupsaya.blogspot.com

updates about me and my lil one inside me =)

Saturday, December 11, 2010

.: thank you kepada mereka yang sudi bagi hadiah :.

cerita buka hadiah...

hehe...sambung balik entry kawen...ar...tak abes lagi...sesi buka hadiah...nanti ada cerita reception kat sabak bernam pulak...

okies...lepas abes kenduri dalam pukul 4.30, pergi outdoor bersama2 OP..balikd alam dekat2 maghrib...pastu mandi, solat sume...then, zauji kuar dengan encik pengapit pergi minum2..siap pesan balik awal sebab nak bukak hadiah...hehehe...saya suka dapat hadiah...



lepas isyak, dalam pukul 9 lebih, bermula la sesi membuka hadiah...selain saya dan zauji, assistant ramai jugak..iaitu sepupu2 saya turut membantu dalam proses membuka hadiah...banyak owh...tak larat kalau buka sorang2..




banyak dapat electric appliance macam rice cooker dapat 2, toaster dapat 2, table lamp dapat 3, coffee maker dapat 2, table fan pon dapat dalam 2 jugak..jap2 cuba recall balik apa lagi hadiah yang dapat...banyak dapat set cadar jugak...hehe...set comforter jugak, set pinggan, gelas, photo album, kain baju...paling best dapat kain sepasang dari anak2 di usim sana...terima kasih hizami,KA.emmy dan senah..tak lupa set comforter dari anak2 5ds 2009 dan table fan dari form 5 2010...time kasih..time kasih..





above all, my favourite will be hadiah from yana-yana bagi cam plak yang ada gambar saya dan zauji..dan juga satu frame yang ada engraving my name and zauji's name...dan juga buku resipi dari haziq and nadiah dan juga buku tentang wanita from pn fauziah...





erm...hadiah2 tu ada dah yang guna, macam cadar..hehehe...ye la..kene la selalu tukar dan juga toaster sebab sebelum kawen memang berharap dapat hadiah toaster sebab toaster kat rumah dah rosak...hahaha...tak malu kan sebab berharap dapat hadiah...hehehe..






lepas selesai membuka hadiah, umi2 pula sambung dengan aktiviti mengira duit yang disedekah tetamu2 yang hadir...Alhamdulillah...rezeki yang Allah berikan kepada kami...banyak jugak dapat...selessai bayar catering la..




tu je cite bukak hadiah...enjoy!




.: kisah kau dan aku :.

salam semua...
mulakan hari dengan senyuman
kerana senyum seindah suria kan membawa cahaya..
senyumlah dari hati, duniamu berseri..

bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan ruang untuk terus bernafas di bumi pinjamanNya ini..

erm,..nak mulakan post hari ini dengan cerita kisah saya dengan zauji saya..at this moment, my beloved zauji is still enjoying his sleep..biarkan aje..

kisah saya dan zauji bermula dengan izinNya melalui seorang 'friend'..yer..satu 'friend' yang menjadi penyebab dan ruang untuk kami bertemu..selepas tu, bermulalah kisah ym antara kami kerana masa tu zauji masih di mesir keranamenyambung pengajian ijazah beliau..dan saya pula masa tu tengah tunggu posting..sekitar pertengahan 2007..




alhamdulillah persahabatn kami tiada masalah, jika ada pon, zauji sangat2 penyabar kerana melayan kerenah saya ni..sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan antara manusia..pasti ada kadang kala perselisihan..tapi Alhamdulillah, kasih sayang kami terus ada antara kami..selepas zauji habis study kat Mesir, zauji balik dan pertemukan saya dengan ummi dan baba..n izah ada jugak masa tu..mula2 cuak jugak...yer la..kiranya masa tu lah yang tentukan sama ada perhubungan ini direstui atau tidak, diteruskan atau tidak..dupdapdupdap masa tu Allah sahaja yang tau..tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar, pertemuan hari tu berakhir dengan senyuman~30 januari 2010

semuanya berlaku dengan pantas, one day notice sahaja yang diberi oleh family zauji untuk datang merisik..huhu..nasib baik saya bercuti pada hari tu..perbincangan masa mrisik, 17 feb 2010 memutuskan untuk kami bertunang pada cuti sekolah bulan 3 dan berkahwin pada tahun 2010 jugak bergantung pada kelapangan dan kekosongan dewan..kepada yang bertanya kenapa 17 oktober?sebab tu je tarikh dewan yang kosong..hehe...no other reasons ek..

alhamdulillah pada 13 Mac 2010, kami selamat ditunangkan..semua berjalan lancar da melaui perbincangan, hantara semua dipersetujui, tarikh 16 october dipilih sebagai tarikh untuk bernikah dan 17 oktober sebagai tarikh kenduri =)

sepanjang bertunang, banyak betul dugaan, dugaan terbesar bila saya diuji dengan satu tragedi..kepda yng tau, tau jer lah..





Pada masa ini, selain keluarga yang banyak memberi kasih sayang dan semangat, zauji dan family juga antara insan-insan yang memberi dorongan dan semangat kepada saya bahawa hidup mesti diteruskan..masa ini putus harapan sangat..tapi Alhamdulillah kasih sayang zauji masih kuat bersama saya..zauji datang setiap kelapangan untuk berjumpa dan memberi semangat kepada saya..masa ni,thanx sayang...

ujian terus datang, macam2 sebenarnya..sampai satu tahap saya rasa macam tak nak teruskan apa yang sudah dimulakan..biarlah rahsia antara mereka2 yang tahu..tapi kita tiada kuasa, kalau Allah telah tulis, pasti akan terjadi..




Tarikh 16 octoberr 2010 menjadi saksi kami disatukan sebagai suami isteri selpas isyak di masjid besi, putrajaya..dengan 2 kali lafaz berwalikan mannan, kami sah sebagai suami isteri..sebak rasa di dada..


itulah serba sedikit kisah saya dan zauji..

zauji yang saya kenali semasa berkawan, di alam pertunangan dan selepas kahwin, masih zauji yang sama..sebelum kahwin,timbul jugak kerisauan kalau2 zauji akan berubah..Alhamdulillah masih zauji yang sama..

zauji saya seorang yang sangat penyabar dengan kerenah saya..ramai tak tau saya ni kuat buat perangai jugak..tapi zauji layankan je..teruatam when it's the time of the month..huhu..biasalah perempuan kan..zauji juga seorang yang bertolak ansur, tak berkira..senang untuk dibawa berbincang..jeinis mudah dan tak suka pening2kan kepala..bile saya tanya tak penat ke kene layan saya, drive kan saya ke sana sini...katanya tak de lah.. ikut aje la..tak yah serabut2 kepala..layan aje isteri~exact words tak ingat..tapi apa yang zauji cuba sampaikan, selagi die terdaya, dia akn cuba sebab tak nak tengok zaujahnya bersedih hati,.....auw =)

zauji juga tidak akan memaksa saya melakukan perkara yang saya belum bersedia ataupun tidak suka..

dan zauji juga seorang yang sporting, tidak pernah menyekat kebebasan saya, kerana padanya, walaupun saya dah menjadi zaujahnya, saya masih seorang anak, kakak, anak saudara, sepupu dan kawan kepada insan2 lain yang terlebih dahulu mengenali saya...sejujurnya sebelum kahwin, selalu terdetik adakah ruang masa saya dengan family saya akan berkurang dengan adanya suami?betul...dah la saya ni jenis yang memang rapat dengan family,mi, adik2 and coysins samua..kami sellau pergi cuti2 bersama...sebab bila tengok seorang sepupu saya yang dah kahwin jadicam kadang-kadang tidak bersama dalam aktiviti keluarga, saya menjadi risaU. adakah saya pon nanti macam tu...macam sedih jer..

tapi so far, saya masih ada ruang masa sebagai ahli keluarga dan juga rakan2... =)

contohnya, sesetengah suami memang tak bagi la kan isteri dia pegi jalan2 tanpa dia..tapi zauji sya sporting, beliau mengizinkan saya pergi bersama2 family yang lain bercuti..walaupun saya berat untu pergi, tapi zauji yakinkan saya untuk pergi, katanya 'tak kan nak duduk rumah, kemas rumah, basuh baju, masak je memanjang..pergi la keluar tengok dunia sikit'~see..how sporting he is..janji dengan syarat jaga batas2 saya sebagai seorang isteri...hehehehe...teruskan sifat sporting kamu yer zauji...






walaupun mungkin zauji ada kekurangan dari segi yang lain..well nobody's perfect kan..tapi seikhlasnya, saya bersyukur kerana berpeluang menjadi zaujahnya..cukup dengan apa yag dimiliki sekarang, ya Allah, biarkan ku terus senyum begini sehinggan ke akhirnya...insya Allah...

to zaujiku, mohd najmuddin bin ismail

terima kasih kerana memilih diri ini sebagai zaujahmu dengan izinNya..dan terus bersabar dengan kemengada2 an saya, kegedikan saya dan rengekan saya..bersanar mendengar keluhan saya, tahan dengar saya marah2 dan membebel, perangai saya sensitif dan merajuk nanges je kejenya...terima kasih kerana menerima kekurangan diri saya..
 


thanx for being the most sporting husband in the world =)