~ my friends ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label islam agamaku. Show all posts
Showing posts with label islam agamaku. Show all posts

Saturday, September 1, 2012

.: erti hidup pada yang memberi :.

assalamualaikum =)


erti hidup pada yang memberi =)
tersentuh hati melihat senyuman penuh keihlasan dan kesyukuran mengucapkan terima kasih anak2 itu
indah rupanya perasaan memberi
jika selama ini asyik menerima
apa salahnya sekali sekala menjadi pemberi, apatah lagi di bulan penuh dengan lumpahan pahala yang Allah nak bagi
saya percaya setiap rezeki yang Allah beri kepada kita sebenarnya ada portion untuk yang kita harus kongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik
ada hikmahnya Allah jadikan manusia dalam pelbagai golongan berkemampuan, kurang berkemampuan, kaya dan miskin
yang kurang berkemamapuan dan miskin terus berdoa agar dilimpahkan rezeki
yang kaya dan berkemampuan berkongsi rezeki yang diterima dengan mereka yang tidak berkemempuan ini
Allah, indahnya hidup aturan Illahi

Allah dah jadikan hidup kita ini cukup cantik
kalau semua adalah orang kaya, kita tidak akan dapat merasa nikmat memberi

betul, cubalah
akan terasa nikmat kegembiraan
apatah lagi bila melihat keihlasan senyuman insan yang menerima itu

di bulan ramadan yang tinggal beberapa hari lagi, gunakanlan kesempatan yang da untuk menjadikan kita insan yang suka memberi dan berkongsi daripada menjadi penerima selamanya

kagum sebenarnya melihat beberapa kumpulan yang aktif melakukan amal dan berkongsi dengan mereka yang berkemampuan
kagum dengan semangat juang mereka
salah satu yang terkesan di hati adalah telekung project
saya selalu berangan-angan untuk melakukan seperti itu, tapi mungking belum sampai daya saya lagi.
buatlah setakat yang mempu

bila menulis tentang telekung projecy ni, teringin pulak tasanya untuk mencuba.
seorang ibu bersama 2 orang anaknya bermula dengan membasuh telekung-telekung yang berada di surau2 stesen minyak dan meletakkan kembali telekung tersebut ke tempat asalnya agar sennag digunakan oleh mereka yang lain yang ingin bersolat

harap harap saya mampu melakukan sesuatu seperti mereka

ERTI HIDUP PADA YANG MEMBERI =)

Monday, August 13, 2012

.: 10 malam terakhir :.

assalamualaikum ^_^
dan juge selamat pagi =)

diam tak diam, kita semua dah berada di 1/3 terakhir bulan ramadan..
alhamdulillah setakat hari ini saya puasa penuh..
macam mana dengan amal ibadat kia?
harap2 semuanya baik dan dipertingkatkan di malam2 terakhir ini...
alhamdulillah setakat hari ini masih mampu untuk berjaga walau keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan...
dari baba, umi sampai ke alya..kami semua selsema...huhuh..
tapi kena kuat semangat..
andai ini ramadan terakhir, harapnya malan diterimaNya..
tapi terus berdoa agar terus diberi peluang untuk bertemu ramadan di tahun depan...
i just love ramadan =)

2 minggu lepas ada ceramah sempena nuzul al-Quran. suami kak yati harun iaitu ustaz dari maahad hamidiah kajang datang sekolah untuk bagi ceramah
sangat2 interesting, informative dan yang penting asya tak mengatuk!
hihihihi...
students pun dengar dengan khusyuk dan bila ustaz mahathir bercerita especially tentang azab di kubur, pasal ibu bapa, terkesan juga di hati anak2 itu..

yang menarik perhatian saya, ustaz mahathir bercerita tentang azab di kubur tentang solat...
setiapa malan kita akan dipersoal dan kita tidak akan mampu berbohong..kenapa?
kerana setiap anggota badan kita akan menjadi saksi bagi setiap amalan kita.
yang paling utama akan dihisab adalah solat, 
SOLAT KAN TIANG AGAMA!
kalau solat tidak terjaga, macam mana pula amalan yang lain..
masa di alam kubur nanti, soalan yang akan ditanya adalah, 
manakah solat pertama kamu selepas baligh?
jika tiada, maka azab akan diberi,
ditanya lagi solat kedua kamu?
tiada?diazab lagi...
amat pedih azabnya, tubuh kita akan hancur berkecai dan akan dipulihkan semula untuk dihitung lagi amalan2...
ustaz mahathir tambah lagi, tiba-tiba ada satu azab tiba dari neraka..
di azab kenapa?
kerana anaknya tidak mendirikan solat!
kerana anak tidak mendirikan solat, ayahnya akan diazab di alam barzakh!
nauzubillah

kesian kat ayah kita =(
ingatan saya buat semua di luar sana, terutama anak-anak yang masih remaja (anak2?terasa tua lol!)
janganlah tinggalkan solat
bak kata ustaz mahathir, bila kite tinggalkan solat, umpama kita mendoakan ayah kita diazab di kubur nanti..
TAK NAK!!!!!!!!
semua kita sayangkan ayah kita kan?
terutama anak2 lelaki di luar sana, solatlah kerana ramai di dalam alam barzakh sana kalau boleh nak kembali ke dunia untuk kembali menunaikan solat..
bila tiba saat itu, tiada gunanya lagi

selagi Allah mengizinkan kita untuk terus bernyawa dan berdiri di bumi pinjamanNya, solatlah!
teringat kat arwah abah,
Allah, jangan seksa abah saya atas kesalahan yang saya lakukan =(

*peringatan untuk diri sendiri yang ada kalanya hanyut dibuai arus duniawi*
wallahualam

Tuesday, September 7, 2010

.: inilah dinamakan rezeki :.

rezeki...
tiada siapa yang tahu rezeki yang Allah sudah tetapkan untuk hamba2Nya...
setiap daripada kita mempunyai rezeki masing2...
ada yang diberi rezeki yang murah dari segi kewangan...
ada yang diberi rezeki murah dari segi kehadiran zuriat...
ada yang diberi rezeki kebahagiaan dengan wang ringgit yang melimpah ruah...
ada yang dikurniakan rezeki keluarga yang bahagia bersama suami/isteri, anak-anak dan cucu...
ada yang diberi rezeki kejayaan dalam karier...
ada yang diberi rezeki untuk berumahtangga...
setiap yang Allah bagi itu adalah rezeki...
kesihatan yang baik...
anak yang ramai...
kasih sayang yang melimpah
kejayaan dalam karier...
keuntungan yang berganda dalam urusan2 seharian..
menutup aurat juga satu rezeki...kerana kalau kita lihat hari ini, walaupun menutup aurat adalah wajib bagi umat islam,masih ramai lagi yang tidak menutup aurat..apabila kita sudah digerakkan hati untuk menutup aurat, itu adalah rezeki untuk kita..
perkahwinan satu rezeki...rezeki mendapat suami atau isteri...rezeki bertambahnya ahli keluarga..rezeki mengenali keluarga mertua..tidak semua mendapat peluang tersebut..kepada mereka yang diberi peluang oleh Allah, hargailah sebaiknya rezeki yang Allah kurniakan...

dapat pindah sekolah juga satu rezeki...
macam mimpi dapat pindah dan duduk di rumah bersama umi...
sejujurnya...saya menyangka akan terus merantau di sg besar...sehinggalah..erm...mungkin sampai kahwin jugak...tapi itulah dinamakan rezeki..doa yang tidak putus2 dari seorang ibu mendoakan rezeki untuk anaknya...Allah turunkan sedikit ujian untuk diberikan rezeki yang lebih...ada hikmahnya...

ada yang terus dimurahkan rezeki...
ada yang diturunkan sedikit ujian tanda peringatan..dan diberi rezeki selepas itu...

tidak kira apa cara sekalipun rezeki diturunkan...tanggungjawab kita sebagai hambaNya adalah untuk mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan...

sebagai manusia biasa, kita tak lari dari untuk membuat perbandingan..antara kehidupan kita dengan kehidupan orang lain...kadang2 terbit juga rasa cembutu melihat kelebihan insan lain, sedangkan sebenarnya ada ramai lagi insan lain yang mencembururi kehidupan kita tanpa kita sedari...

sebab tu orang selalu berpesan, jangan hanya membandiingkan dengan mereka yang lebih bernasib baik dari kita...lihatlah ke belakang dan kita akan lihat ramai lagi insan yang kurang bernasib baik...maka barulah kita akan bersyukur...itu yang saya sematkan...tiap kali timbul rasa cemburu dengan kelebihan orang lain (come on...i'm only a normal human being...i do have this feeling), saya sentiasa mengingatkan diri untuk sentiasa berpaling ke belakang dan lihat nasib insan lain yang kurang bernasib baik dari saya...

yakinlah Allah dah tentukan kehidupan kita...rezeki kita...dan sampai mana kita berpeluang menikmati rezeki yang Allah pinjamkan ini...jangan lah kita berlaku sombong dengan rezeki yang Allah berikan kerana bila2 masa sahaj Allah boleh tarik balik nimat dan rezeki yang Allah pinjamkan...jadi sentiasalah rasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan....

ingatkan juga pada diri, rezeki yang Allah kurniakan untuk kita, bukan hak milik mutlak kita seorang...Allah beri kepada kita untuk kita kongsikan dengan insan lain yang mungkin lebih memerlukan...
ikhlaskan hati semasa bersedekah...barulah kita akan mengerti nilainya...insya Allah... =)

rezeki anak..ada yang lambat...ada yang cepat...benda berlaku di sekeliling kita...apa yang perlu dilakukan..berdoa..berdoa..dan terus berdoa...yakinlah Allah mendengar setiap doa kita...

macam sepupu saya yg baru melangsungkan perkahwinan, Allah beri rezeki awal...dgr2 khabarnya nak tambah ahli baru dalam keluarga...Alhamdulillah...
ada kawan2 yang kahwin lebih awal, masih belum sampai rezekinya...insya Allah, ada hikmahnya... =)


renung2kan dan selamat beramal
terus beribata di bulan penuh berkat untuk sama2 mendapat hati yang baru =)
=40?=

Sunday, September 5, 2010

.: hati yang baru :.

dah lama rasanya tak tulis something yang ilmiah..something islamic..so,  i would like to write one..

semalam, (3 sept 2010, 24 ramadhan 1431H) pegi ke jpa untuk dengar ceramah oleh ustazah asni mansor..
walaupon pagi2 tu umi kejut, macam malas nak abngun..tapi ku gagagkan jua..sebab dah lame tak pegi majlis ilmu cam ni..pastu, adalah ustazah asni mansor pulak..haruslah best..

seriously best..tajuknye

AL-QURAN CAHAYA RAMADAN

antara yang di'highlight'kan adalah kepentingan untuk kita semua'bercinta' dengan Al-Quran..satukan hati kita dengan Al-Quran..sentiasa mendampingi al-Quran..sentiasa berusaha untuk memahami al-Quran..kerana al-Quran adalah kalamullah~kalam Allah..kata2 Allah..pencipta kita..bukan sesuatu yang direka2..

semakin jauh kita meninggalkan al-Quran...semakin al-Quran menjauhi kita..kita semakin leka..semakin kurang mencintai al-Quran..semakin kurang kita menghayati al-Quran...maka makin kurang kita berminat untuk mengamalkan apa yang terdapat dalam al-Quran..

ye..memang kita akui, tak faham apa yang dibacakan, sebab kita tidak dilahirkan dalam suasana berbahasa arab..ada yang kata, baca tak ada feeling sebab tak faham..mmg diakui..tapi kalau tak baca langsung..lagilah kan..

masa malam nuzul Quran tu, ada tazkirah lepas solat terawih kat masjid besi..ada satu cerita..

seorang anak berkata kepada ayahnya, 'ayah, saya tak faham apa yang saya baca..apa yang saya dapat dengan membaca al-Quran...sebab saya tak faham...'
ayahnya pun menjawab, 'anakku, mulai esok pagi, kamu ambil baldi di depan rumah tu, kamu angkut air dari sungai dan bawa pulang ke rumah'
dan mulai esok, anak tu pon gi la angkut air menggunakan baldi tu..angkut air di sungai..bawa balik ke rumah...tapi sampai je kat rumah, si anak tengok., air yang dah dinagkut tadi tak ade, sebaliknya bocor di sepanjang perjalanan balik ke rumah..si anak ulang lagi benda yang sama selama beberapa hari..
selepas beberapa hari, si anak jumpe ayahnya dan bagitahu apa yang dilakukan selama beberapa hari dan menyatakan kepenatan mengangkut air tetapi tak nampak hasilnya...
si ayah pon cakap 'anakku, cuba kamu tgk di bahagian dalam baldi tersebut,'
si anak pon ambil baldi dan tengok bahagian dalam baldi tersebut bersih, tak macam keadaan sebelum tu..
'macam tu la kalau kita baca al-Quran, walaupon kita rasa macam tak ada apa2, tak nampak hasilnya, tapi dalam kita tak sedar, dengan kita membaca al-Quran, kita sebenarnya mencuci hati kita...membersihkan rohani kita..itulah hasilnya yang mungkin kita tak nampak..walaupon kita tidak memahami apa yang dibaca'

ye..dengan membaca al-Quran, kita boleh membersihkan hati kita..macam kereta, hati pon kene servis..salah satu cara adalah dengan membaca al-Quran...

pengalaman saya..selepas khatam membaca al-Quran, teringin nak khatam dengan membaca juga tafsir nya sekali..alhamdulillah...lepas baca satu mukasurat, baca pula tafsirnya..untuk lebih memahami..alhamdulillah..satu rasa yang lain ada dalam diri..makin dekat denganNya..sebenarnya segala hukum hakam..halal haram..dosa pahala..apa yang boleh..apa yang tak boleh...semua ada dalam al-Quran..dah lengkap..cuma kita..antara nak dengan tak nak je untuk baca dan memahami satu mushaf lengkap yang Allah turunkan kpd Rasul junjungan kita, untuk diamalkan oleh umat2 nabi Muhammad..beruntunglah kita menjadi umat Rasulullah kerana diberi bersama kita satu kitab yang lengkap..Allah hanya turunkan al-Quran hanya untuk umat nabi Muhammad..kenapa kita tak ambil peluang ni...baca dan dalami al-Quran..

alamak teremo plak...bukan ape..sedih...sedih sangat...bulan ramadhan ni waktu sivik n pj digantikan dengan tadarus al-Quran kat sekolah..bila nak tadarus tu, ada yang jujur mengaku, 'cikgu, saya dah lama tak baca al-Quran...dari awal tahun...'..aduh, sedih sungguh mendengarnya..lepas tu, ada yang awal2 mengaku, tak boleh baca..as in tak tau nak baca..saya amat2 sedih..ntah la..sedih sangat...

back to the ceramah by ustazah asni..

ustazah ada tanya kitorang kat audi tu..sempena ramadhan ni..kita berpuasa..kita harus mendapat benda yang baru..sesuatu yang baru..agak2 apa yang baru yer...ar...kasut baru...baju baru...tudung baru...kan nak raya...hehehe...
ustazah kata, haiwan pon ada yang berpuasa, dan hasilnya, selepas berpuasa, mereka mendapat sesuatu yang baru, yang lebih baik...contohnye

1- ayam
ustazah cerita, ayam kalo time mengaram telur, ayam x makan, x minum, kira berpuasa la kan..tapi, selepas proses pengeraman dan berpuasa tu. ayam dapat sesuatu yang baru...apa?baby la..telur tu dah menetas, keluarlah baby.....ayam dapat baby baru~~

2-ular
ular kan bersalin kulit.ar..sebelum bersalin kulit, ular akan berpuasa jugak masa proses tu...tak makan..tak minum...selepas tu..dapat kulit baru...yang lebih baik..

ar...macam mana plak denga kita?apa yang kita dapat dengan berpuasa ni?
Allah tak suruh kita puasa saja2..pasti ada hikmah di sebaliknya...kita sebagai hambaNya perlulah mencari apa yang perlu dicari...

yang patut kita dapat selepas berakhirnya bulan ramadahn di mana kita berpuasa, beribadat, berterawih, bertadarus...etc...adalah

HATI YANG BARU
hati yang lebih mendekatiNya
hati yang lebih bersih
hati yang berusaha untuk lebih mengenali agamaNya
hati yang sentiasa berbuat kebaikan
hati yang sentiasa mencari redhaNya
hati yang suka kpd perubahan yang lebih baik
insya Allah

itulah point utama..
dalam bulan ramadan ni, kita berpuasa, berterawih, beribadat, bertadarus dan sebagainya..
harapnya kita semua akan mendapat hati baru..yang lebih bersih dan suci...insya Allah....

akhir kata...sama2 lah kita seronok membaca al-Quran...belajar untuk membaca al-Quran dengan tajwid yag betul..barulah rasa nikmat sebenar membaca al-Quran...insya Allah

~peringatan bersama..untuk diri sendiri jua~
=42?=

Wednesday, June 9, 2010

.: rasa lebih tenang :.

rasa lebih tenang....
belajar untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah beri...
jangan cemburu dengan mereka yang lebih dari kita, 
bandingkan dengan mereka yang kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan kita...
kita akan bersyukur...
sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...
setiap rezeki dan ketentuan, Allah dah tetapkan dari azali lagi....

sebagai manusia biasa, kita tak lari dari perasaan cemburu..
saya pun sama...
tapi tu la...kita tak sedar...kite mencemburui insan lain...
dalam diam, ada insan lain yang cemburukan kita...
maknanya, kita pun punya keistimewaan...
setiap dari kita ada keistimewaan tersendiri..
percayalah pada diri sendiri....

2, 3 ari ni hati berbolak balik...
macam2 yang bermain di fikiran...
ya Allah...ape yang bermain di fikiran...
fikir benda yang tak patut berada dalam fikiran...

Alhamdulillah...tadi rasa lebih tenang...
yang penting belajar untuk mensyukuri nikmat yang Allah berikan..
yakinlah pada rezeki Allah =)







 

Thursday, May 20, 2010

.: tentang aku :.

kehidupan lebih teratur dan lebih sempurna bila duduk di rumah......


kenapa?
sebab dah masuk 3 minggu dapat pindah duduk rumah..rasa lebih seronok..rutin lebih teratur..jadual makan lebih sempurna..kehidupan lebih baik la...but the best thing is dapat duduk dgn family..itu yang terbaik..

duduk rumah ni, rutin harian ialah bangun pagi, pas subuh, baca mathurat..pastu baca dzul jalali wal ikram 1085 kali..mathurat..lame sangat2 x amalkan..dulu selalu baca..tapi lepas tu..on and off..kadang2 tak teringat langsung..tapi Alhamdulillah...Allah itu Maha Besar..diturunkan sedikit ujian untuk mendekatkan kita kepadaNya..ya..ujian yang Allah turunkan itu sebenarnya peringatan kepadaku yang sering lalai dan alpa dalam mengingatiNya..aku akui, aku bukanlah hambaNya yang baik..banyak sangat dosa dan kesilapan yang aku lakukan..sama ada sengaja atau tidak sengaja..sangat2 banyak..tak terhitung..banyak sangat yang terbabas..akibat termakan bisikan Syaitan dan tidak berjaya mengawal diri..


walaupun aku tertanya2 kenapa aku yang diberikan ujian seperti itu..lama kelamaan aku sedar..itu semua peringatan untuk aku sebelum aku tersasar lebih jauh dari mengingatiNya..walaupun kesan kejadian itu masih bermain dalam ingatan..Alhamdulillah aku sudah semakin melupakan sedikit demi sedikit..aku selalu berdoa agar diberi kekuatan dan keyakinan untuk meneruskan kehidupan dan melupakan kisah hitam itu..Alhamdulillah..Allah tolong aku...


apa yang aku harapkan adalah selepas ini ada sinar kebahagiaan untuk aku setelah ujian yang datang....
apa yang paling aku pelajari daripada kejadian tersebut ialah..

KITA MERANCANG, 
TETAPI ALLAH PERANCANG YANG TERBAIK...


ye la..siapa sangkan aku akan berpindah dengan cara begini dan aku pasti tiada siapa yang menyangka aku akan berpindah dengan cepat macam ini..tapi itulah..Allah telah Merancang semua untuk hambaNya..


Yakinlah setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah....
itu yang aku cuba sematkan dan itu yang aku sering yakinkan diri aku agar bangun dan kembali kuat seperti dulu....

Monday, March 8, 2010

.: s.a.h.a.b.a.t :.

kadang2 aku merasakan aku bukanlah sahabat yang baik..
contohnye kes yang baru2 ni berlaku di sekolah..aku sebagai sahabat seolah2 gagal dalam memainkan peranan ku sebagai sahabat..
sebagai sahabat yang baik, aku seharusnya menegur sahabat2ku yang ku kira perlu sedikit teguran agar serasi dengan 'environment'
ye..btol..kite jangan jadi hipokrit..be yourself kate omputih..
tapi kadang2 kita perlu sesuaikan dengan 'surrounding' kita..

MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, JUMPE ENCIK HARIMAU, KAU MENGAUM LA BALIK...
~errrk..maaf lame x blajar bm yang betul..hehehe

senior2 di sekolah minta aku jadi sahabat yang baik..dengan sama2 dengan rakan2 muda ku yang lain untuk sama2 melakukan perubahan...menjadi yang lebih baik..ambil hikmah yang tersembunyi di sebalik ditempatkan di tempat mencari rezeki..

seperti saya, mereka juga ada yang mula2 tidak berapa selesa ditempatkan di sini..ye..sape yg tau citer saya..ye..saya adalah menangis sampai bengkak mata semasa mula2 ditempatkan di sini..tapi saya amek dr sudut positif..(mase tu dah mule berkawan dgn H-to-be)..jadi adalah reason untuk sedapkan hati..yer la..kampong die kan..soon to be my kampung too..insya Allah.. =)

berbalik kisah saya sebagai seorang sahabat..bile kita terlalu baik dengan seseorang itu, adalah yang paling susah untuk kita menegur..menjaga hati mungkin..takut ada yang terasa hati..sedangkan sahabat yang baik sentiasa mahukan yang terbaik untuk sahabatnya yang lain..betul kan?jadi sebagai sahabat yang baik, seharusnya saya mengambil peluang hikmah di sebalik yang berlaku untuk sama2 mengur dan menerima teguran demi kebaikan bersama..tapi..................
saya tidak lakukan itu..
teringat kata2 cikgu mutalabisin semasa dia menegur anak2 ku di asrama kerana lambat solat subuh...
'orang yang baik tetapi tidak menegur Muslim yang lain yang berbuat salah adalah seolah2 Syaitan bisu'
owh..saya tidak mahu jadi seperti syaitan bisu..................

begitulah pentingnya kita sebagai saudara seislam untuk sentiasa memberi teguran kepada sahabat2 kita, saudara seIslam kita, ahli keluarga kita untuk menuju kebaikan..

'ya Allah, ku pohon kekuatan untuk menjadi saudara Islam yang baik kepada saudara2ku agar ku mampu bersama2 mereka menuju kebaikan dalam mengerjar kemanisan imanMu...'

tadi ada sesi usrah bersama2 guru2 Muslimah..hari ini perbincangan lebih menjurus kepada perkara pokok..terutama wanita Muslimah..
AURAT
walau pon mudah dieja..jika tanpa usaha, keikhlasan dan istiqamah, pasti ada yang merasakan susah untuk dilaksanakan..

tidak perlu jauh untuk bercerita, cukup pandang diri sendiri, sudah tertutupkah aurat kita..ya..mungkin kita memakai lengkap..bertutup dari kepala sehingga ke kaki..tapi sebenarnya ada bahagian aurat yang masih didedahkan..
contohnya, tudung yang jarang..dulu pada aku, asal ko bertudung ar..tutup ah aurat kau...rupanya tidak..Alhamdulilah Allah telah berikan hidayah kepadaku untuk menyedari kelemahanku dalam menutup aurat...
tu salah satu contoh..ada banyak lagi...rasa2nya ada yang tengah skrol blog ni lebih arif..

saya berazam mahu jadi sahabat yang baik..
tetapi kalau kita hendak menegur orang, kita sendiri perlu mempersiapkan diri jadi yang baik..seperti yang kita nasihatkan..baru layak kita untuk nasihat orang lain...erm...what say you?

Sunday, February 14, 2010

.: jangan sambut! :.

okies..rasenyer sumer pon tahu ari ni dikatakan sebagai valentine's day...sedari kecik mmg nyer aku tau adenyer ari yg dipanggil valentine's day...tp perlu ke kita umat Islam menyambutnya..

ada kwn tanya saya... 'ko valentine sambut kat ner?'...owh..haruslah aku terkejut kan..sebabnyer soalan itu ditanya oleh seorang yg baik dgnku..seagama dgn ku..n die tahu macam mana aku...aku terus terdiam n memandangnya..n dia pon sedar kot yg aku x selesa dgn soalan itu..'owh..x sambut yer'...haruslah tidak...lagilah my future hubby itu haruslah tidak kan menaymbut2 menda2 ini....nak mampos?huhuhu...

tak dinafikan ada yang berkata 'ala..kitorg saje2 jer..bukan sebab tu..saje jer..'

walaupon sajer2 tp kamu tetap seolah2 gembira dengan kehadiran hari tersebut...perlu ke?

sejujurnya aku sedikit terlupa bahawa tarikh itu adalah valentine's day...n tidak terfikir pon di mana..bagaimana n dengan siapa perlu menyambut...fine..ada yang panggil hari berkasih sayang or wut ever...14 february je ker hari berkasih sayang...aku adalah tidak setuju la kan...ape2 pon bile kite hanya menyambut hari kasih sayang pada tarikh ini seolah-olah kita mengIYA kan kegembiraan pada hari ini...

seperti yg kita sedia maklum melalui internet banyak yg kita tau sejarah hari Valentine..macam2 versi..terpulang la kepada mereka di luar sana utk menilai...

yang saya sellau igt hari Valentine adalah hari utk memperingati hari kematian seorang paderi yang bernama Valentine..owh apekah?

perlu ker kita umat islam utk mengingati hari itu...owh~~

sebagai peringatan kepada samua yang sedang membaca blog saya..especially yg tengah menyambut hari Valentine tu...helllo...kamu2 ni sume sedar ke tak lagi beberapa hari adalah ketibaan Maulidur Rasul..hari yg SEPATUTNYA kita raikan...kelahiran Nabi junjugan kita...

baiklah kamu semua sedar n buat persiapan utk menyambut Maulidur Rasul tersebut...selawat ke atas junjungan besar kita tu..dapat pahala..orait?

Thursday, December 17, 2009

.: salam maal hijrah :.

insya Allah esok kita semua kan menyambut permulaan tahun baru Islam...1431H

actually, permulaan tahun baru dikira selepas maghrib nti..n disunatkan utk berpuasa...sempena masuk tahun baru...insya Allah

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Makkah ke kota Madinah
~bermulanya sejarh hijrah dalam kalendar Islam..apabila Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Madinah~


Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
~berhijrah utk kebaikan..berhijrah utk satu perubahan..berhijrah utk pengorbanan bg agama tercina~

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
~byk yg kita boleh pelajari drpd peristiwa hijrah..kita sendiri pon ade melakukan hijrah secara tidak langsung..berhijrah dr perangai lame yg negatif ke perangai baru yg lebih positif..berhijrah, berazam utk meningkatkan potensi diri n memperbaiki kelmahan diri..utk menjadi lebih baik~

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
~marilah bersama2 menegakkan syiar Islam..utk memartabatkan agama yg kita sayangi~

terkenang suatu ketika dahulu kat skolah agama~mesti bile masuk tahun baru hijrah nyanyi nasyid ni ramai2...n i think at that moment i was enjoying d day with my frens w/o really understanding the meaning of tahun baru hijrah...ye la. name pon budak2. yg tau. 1 muharram cuti...yeay!

as i grow older n maturer. i can see now how i muharram relly reflects us. as a muslim, we must know when is d starting of our new year.

kalo new year yg slalu kite sambut pd 1 january tu..i know it is d most awaited moment kan. nape x kite sambut maal hijrah ni. cam ne nak sambot? of course la kan. no concert n stuff like that. mudah n senang jer...

same2 la kite pegi masjid. ramai2 dgn jemaah lain.duduk dlm masjid. beribadat. baca doa akhir tahun bile penghujung waktu asar hari terakhir zulhijjah

baragsiapa yg membaca doa ini, syaitan berkata 'kesusahan bagiku dan sia2lah pekerjaanku menggoda anak adam setahun ini dan Allah binasakansuatu saat jua. dgn membaca doa ini, Allah mengampunkan dosanya setahun'


~click for larger view~


n bace doa awal tahun lepas solat maghrib..sebab perkiraan hari dalam islam bermula selepas maghrib...kan cpj?hehe...thanx for correcting me that day =)

barangsiapa yg membaca doa ini, syaitan berkata 'telah amanlah anak Adam ini drpd godaan pd tahun ini krn Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya drpd fitnah syaitan'


~click for larger view~



saya ambil kesempatan ini utk mengucapkan salam maal hijrah to all readers..semoga kedatangan tahun baru hijrah 1431H ini akan membuatkan kite lebih semangat utk melakukan perubahan yg lebih baik..teruatama dlm bab2 ibadat..sama2 kita upgradekan rase cinta kita pd agama kita, pada DIA yg menjadikan kita semua n pada Rasul junjugan kita..

mungkin sebelum kite teragak2 utk melakukan perubahan. ape kate sempena kedatangan awal muharram, same2 la kite melakukan perubahan.


may be b4 this, we've missed solat, y not after dis, we determine not to miss any solat.

n try upgrade ur solat. what do imean by upgrade ur solat?

solat with khusyuk..cencerntrate n focus in solat. withour thinking of anything else besides Allah..

there r many other time that u can remember other things. y not in solat, we focus..focus..focus..

yesterday i went for tafsir class.d ustaz shared with us on how to have a good solat..solat yg khusyuk..

insya Allah di alin entry sy akan share yer..

n sape2 yg still merokok tu...usah2lah utk berenti merokok...x bagus pon utk kesihatan..membazir lg ade la..pd saye, merokok tu cam mebakar duit..x dpt ape2 pown...hehehe..sory~no hard feeling eh~


as for now..


SALAM MAAL HIJRAH 1431H

SELAMAT MENYAMBUT 1 MUHARRAM 1431H



Tuesday, December 8, 2009

.: rahsia solat di awal waktu :.



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Sunday, December 6, 2009

.: ~pesanan~ :.

PESANAN

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.


Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Kartun Pokemon Sangat Merbahaya Akidah

Sebarkan kalu sayang pada islam>BAHAYANYA KARTUN POKEMONPOKEMON dan
BINATANG2 yang ade dalamnya??? POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU
bermaksud jadilah seorang yahudi,>CHARMANDER bermaksud ALLAH itu
lemah(nauzubillah) ...... jadi.... tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat
korang semua......

Saturday, December 5, 2009

.: sejarah ayat kursi :.



Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya
dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta
terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas
ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan
mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut
Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah
itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan
batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya
dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga
mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam
kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari
Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

.: susu ibu :.

got this from my cousin via email~~

Masyaallah, Subhanallah, Allahuakhbarr !!!
Tak terfikir dan tak tau pun kita selama ni kan .. begitu lengkap Al-Quran, tapi ade juga insan yang lahirnya Islam menolak bulat-bulat Islam…

. . . .buat renungan bersama . . .

Haaa....ni kisah benar dan menarik nih ! Baik korang semua baca !
Citer dia camni .....

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le....

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !

Saturday, November 28, 2009

.: 34244 :.

solat itu tiang agama...5 kali sehari semalam...


maghrib-3 rakaat
isyak-4 rakaat
subuh-2 rakaat
zuhur-4 rakaat
asar-4 rakaat

what i want to stress here is...solat is compulsory for every muslim..
solat itu wajib...

i'm not pious...i'm not perfect either...but i'm trying to improve everyday...

if u can please other people...y can't u please Allah...Allah is the greatest...should be pleased by all muslims..how to please Allah?...by praying completely 5 times a day..by following Thy orders...Allah is the one created us...every single thing ever existed in this world...if not because of Allah's love, we will not be in this world...Allah loves us...

fine...kdg2 sy jugak ade kelewatan terutamanya solat Subuh...sy ngaku...tp sy cover balik...insya Allah sy x miss waktu2 lain..

nape sy cite pasal ni?mcm simple...tp cam ner kalo org yg rapat dgn kte...seolah2 amek ringan ttg solat sedangkan solat itu sangat perlu diberatkan...bile semakin dewasa...semakin byk dipelajari...sebenarnya makin byk yg x tau...

sy pernah mendengar..

jika melihat kemungkaran, tegurlah dengan perbuatan,
jika x mampu, tegurlah dengan lidah,
jika masih x mampu, tegurlah dgn hati,
itulah selemah2 iman..

sy...erm...kdg2 kite terlalu nak menjaga hati...kita x tegur kesalahan org tu...maknanya iman sy lemah...malu sungguh saya...tp...cam ner....erm...tolong lah sayer....dr dalam hati. sy hanya mampu berdoa...

di samping itu, peringatan juga utk diri saya yg serba kekurangan ini...peringatan utk tidak mengambil ringan perihal solat...kerana solat itu tiang agama...

walaupon kita semua solat sedari kecil...boleh dikatakan expert...sebab wat hari2...sedar x sedar...sebenarnya masih byk kekurangan kita dlm melakukan solat dgn sempurna..sy x pasti dgn org d luar sana..tp sy...umi sy selalu menghadiri kelas agama...byk info umi sy kngsi...n sy juge br beli buku ttg solat...ya Allah..terlalu byk benda yg sy kurang titikberatkan...tertanya2...adakah solat2 sy sebelum ini diterima Allah...wallahualam...

di kesempatan ini, ingin sy ingatkan...amatlah penting utk memahami bacaan dlm solat...ikut rukun solat...teruatam part tomakninah-berhenti seketika dalam solat...

dulu sy selalu solat mcm nak kejar keretapi...tp..alhamdulillah..sedikit demi sedikit...sy cuba perbaiki diri...so...kpd semua...sama2 la kita cuba memperbaiki amalan diri...terutama ibadat solat...

sy teringin dapat solat yg btol2 khusyuk...kdg2 time solat pon fikirn leh terbang melayang...salah satu cara ialah cube fahami makna bacaan dalam solat....leh refer
entry sy terdahulu...

alhamdulillah...sedikit demi sedikit ade perubahan wlaupon kdg2 melayang jugak...insya Allah...akan cuba memperbaiki diri....

sambil meluahkan...ia juga sebagai peringatan utk diri sendiri dalam mencari redha Illahi...sama2 la kita memperbaiki diri...wallahualam...

Thursday, November 26, 2009

.: kerana manisnya pengorbanan :.



esok insya Allah kita semua akan menyambut hari raya aidiladha..ade yg panggil hari raya haji...ade yg panggil hari raya korban...sumenye pon btol...yg penting ia berlaku pada 10 zulhijjah pada setiap tahun hijrah..


pada yg berkemampuan pada masa bulan zulhijjah inilah mereka akan pergi ke mekah untuk menunaikan rukun islam ke5 iaitu menunaikan haji...insya Allah satu hari nti sy nak pergi menunaikan haji =)

erm...jom kite renung2 kembali tentang sejarah aidiladha...seperti yg kita sedia maklum...sedari kecil kite diberitahu sambutan adiladha adalah untuk memperingati peristiwa pengorbanan nabi ibrahim as untuk mengorbankan anaknya, nabi ismail seperti yg diperintahkan oleh Allah swt. wbgmanapun, saat2 nabi ibrahim mahu menyembelih anaknya, Allah telah menggantikan dengan seekor kibas..drpd peristiwa tersebut byk yg kita boleh pelajari, bagaimana seorg bapa sanggup mengorbankan anaknya demi perintah yg diturunkan oleh Allah swt dan bagaimana seorg anak rela dikorbankan demi cintanya kepada Allah swt...

selain itu, semasa aidiladha, kita disunatkan membuat ibadah korban jika berkemampuan. keistimewaan aidiladha berbanding aidilfitri di mana hari tasyrik adalah pada 1 syawal shj iaitu diharamkan berpuasa. utk adidiladha hari tasyrik adalah selama 3 hari, 10, 11 dan 12 zulhijjah dimana ibadah korban boleh dilakukan dalam masa 3 hari ini dan kita diharamkan berpuasa.

pada pagi aidiladha, kita semua digalakkan pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidiladha. n utk pengetahuan semua, seeloknya kita makan selapas pulang menunaikan solat sunat tersebut. pahala yg kita dapat seolah-olah kita berpuasa satu hari. lepas makan, ibadat korban akan dimulakan. antara yang dikorbankan dalah seperti lembu, kambing dan daging2 disedekahkan kpd org ramai terutama fakir miskin. insya Allah tahun keluarga saya wat korban....

i came across one nice article about scarifisation-pengorbanan..
check this link..
kerana manisnya pengorbanan

now nak cite sket ttg ibadat haji..

Perkara-perkara fardu di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram.
2- Wuquf di Arafah.
3- Tawaf Ifadhah.
4- Bersaie di antara Safa dan Marwah.

Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.

Perkara-perkara wajib didalam Haji:

Wajib: Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan serta wajib membayar Dam jika meninggalnya.

Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:

1- Berihram dari Miqat.
2- Wuquf di Arafah.
3- Bermalam di Muzdalifah.
4- Bermalam di Mina.
5- Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.
6- Melontar setiap Jamrah.
7- Tawaf Wida'

Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.



di kesempatan ini saya ingin mengucapkan


selamat hari raya aidiladha
semoga kita semua mendapat keberkatan dan bertambah keimanan
sama2lah kita memahami pengorbanan dalam erti kata yang sebenarnya
insya Allah




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, September 22, 2009

.: pandu kereta mewah? :.

Renungkanlah sedalam-dalamnya. .……………..

gbr di atas....credit to iluvislam =)

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu
kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.

Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."


Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
"Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah."

lame dah ade article ni..td saje jalan2 kat email...tgk sent item...ternampak article ni...used to send it to someone..someone that used to have a place in my heart..but no more for now....
x igt nape send kat die...hehe...

elok juge terjumpe article ni....sebab emosi tgh x stabil...jiwa pon same...

ye....jodoh telah ditetapkan...bila sudah tiba masa kita, insya Allah rezeki pasti menjadi milik kita....as for now, berdoa..berdoa..berdoa.... =)

kita x kan tau siape jodoh kite sehingga tiba saat diijabkabulkan..
cume yg pasti...sy selalu berdoa agar dipertemukan dgn lelaki yg bisa memimpin, mendidik saya n anak2 kami nanti ke jalan yg diredhaiNya, menyayangi n menerima diri ini seadanya...insya Allah..

perempuan yg baik utk lelaki yg baik...
kalau nak lelaki yg baik, harus persiapkan diri utk menjadi utk menjadi wanita yg baik =)

p/s*ala......bile nak start tanda paper ni.....................sape nak tolong?


Sunday, September 6, 2009

.: al-quran itu penawar :.

since yesterday, i wasn't in d mood..dunno...rase x tenteram...rase cam..cam ne eh...susah nk cakap...tu yg online sampai kul3 pg...tp merapu ejr la....ntahape2ntah aku wat...ati x tenteram la senang cite...

pgnyer..pas subuh, tros tdo, x ngaji pon...ngantok sgt...tu la sape soh tdo lewat..

tp...pas mangun, solat sunat dhuha, tros ngaji...ya Allah, x tergambar ketenangan tu...rase hilang sume masalah...yg x tenteram2 b4 ni...tibe hilang...rase ringan kepala...alhamdulillah...betul lah al-quran itu penawar..x pyh nk g mane...bacalah al-quran...insya Allah...

al-quran tu kan kalamullah =)

rase kene plak..esok insya Allah, kite akan sambut nuzul quran..hari penurunan al-quran..
yg bestnyer adelah cuti...hehe..x semua negeri cuti okies...n disebabkan sy ni bekerja di selangor, maka sy pon bercuti..

al-quran..diutuskan kpd Rasulullah s.a.w..utk diamalkn oleh umatnya..bace..bkan sekadar bace...b4 ni saye pon kalo bace...bace jer la..kdg2 tajwid ke mana..ape ke mana...skang ni...alhamdulillah...ngaji dgn umi...dh byk betulkan kesalahan tajwid..n sekarang cube utk lebih memahami n menghayati untuk diamalkan...insya Allah...

sy amek kesempatan ni, nak ajak readers sume..utk baca al-quran...to my sisters n brothers..bacelah al-quran..ade ketenangan di situ jika kite betul2 menghayati...jgn biarkan al-quran kite terbiar..x bersentuh...jadikan amaln utk mengaji..membaca al-quran =)



~secebis ingatan utk dikongsi bersama~

Saturday, August 29, 2009

.: malam2 yg mustajab doa :.

pg td mase g tazkirah ustaz dzul, ade mention pasal malam2 yg mustajab kalau ki berdoa..
same2 kite ambil manfaat =)

1-mlm Arafah
2-mlm Lailatulqadar
3-mlm Nisfu Syaaban
4-mlm Jumaat-selain itu, dikatakan juga waktu antara 2 khutbah mase solat jumaat pon mustajab doa n sebelum imam berpaling ke belakang.
5-mlm Asyura
6-mlm hari raya-Aidilfitri n Aidiladha
7-mlm Israk Mikraj

same2 la kite amek berkat n manfaat...
berusaha..bertawakal..berdoa..insya Allah jika ditetapkan rezeki kite, Insya Allah akan dimakbulkan.... =)

Friday, August 28, 2009

.: nikmat terhebat :.

salam everybody...erm..ari ni nk kongsi ape yer..

td g jpa lg..ade tazkirah by yb ustaz hj dzulkarnain hamzah...kenal x?ala...ustaz astro oasis tu..ar...yg tu la...ha...btul la tu...btol.btol.btol~gaye upin ipn =)

Subhanallah, sedapnye suara ustaz mengalunkan ayat2 suci al-Quran..dgn zikir2...khusyuk dgr sampai tgn x sempat menulis, tp....sy ade reord kan..wat simpanan n bekal...nti pas sy dgr record tu, sy cite yer..tajuk td AL-QURAN TERAPI PENENANG JIWA

but, as for now, i want to share a lil bit about yesterday's tazkirah..iyer, x abes lg tulis smlm. smlm yg tulis tu ape yg ustaz tazkirahkan..ni ni tulis pasal soklan2 yg ditanye oleh muslimin muslimat yg dgr semalam..x igt soklan, tp sy bg input ape yg ustaz sampaikan semalam.

ade yg ty pasal isu murtad~isu sensitif ni..x leh ulas pjg tp ape yg boleh disimpulkan, murtad berpunca daripada pengaruh2 pemikiran dan kejahilan(kurang arif perihal agama)..skang ni mcm2 yg org lakukan utk sesatkan akidah umat Islam..sebab tu pas doa, selalulah memohon ketetapan iman..kerna tiada nikmat yg sehebat nikmat
ISLAM dan IMAN
bersyukurlah kite dilahirkan dalam nikmat iman dan islam.bersyukurlah kpd mereka yg diberi taufik dan hidayah utk mengecapi nikmat iman dan islam...nikmat yg tiada tandingan.

since we r in ramadhan, i would like to share a few info about fasting(puasa ler....)
kite sbgai parents (chop, saye belom ye...ni generally), kite x boleh pakse kanak2 utk berpuasa. kalo kite nak ajak boleh, tp x boleh pakse...pelan2 kayuh ar..

b4 sambong pasal puasa...
ar..ade cite best ni...meh la bace,
ustaz hassan din share satu cite best dgn kitorg smlm..

citenya zaman khalifah Umar al-Khattab...
ade seorg pemuda berjumpa dgn Saidina Umar,
'Ya Amirul Mukminin, selalu ku dgr tentang derhaka seorg anak kpd ibubapanya. bgmana jika seorg bapa derhaka pd anaknya. aku merasakn bapaku derhaka kpd ku'
bile Umar dgr ni, Umar pon pgil pemuda tersebut bersama bapanya.
'Wahai org tua, anakmu mengatakn bahawa kamu derhaka kpdnya.'.
pakcik pon terkejut bile umar katakan demikian. pakcik tu menyatakn dia telah jalankan tgjwb sebagai bapa.
Umar pon menyatakan tgjwb seorg bapa....
'tg jwb bapa ada 4, pertama, mencari perempuan yg baik utk dijadikan isteri, seterusnya ibu kpd anak2 nti...kedua, memberikan nama yg baik kpd anak yg telah lahir...ketiga, mendidik anak hal2 agama..keempat, menentukan jodoh yg baik untuk anak bile sudah sampai masanya. jika seorang bapa tidak melaksanakan tgjwab yg 4 ini, maka bersalahlah seorg bapa tersebut kpd anaknya.'
selesai je Umar cakap cam tu, pemuda tu pon berkata,
'ya Amirul Mukminin, kalau benarlah kau katakan ttg tgjwb seorg bapa..bapaku mencari seorg pelacur utk dijadikan isteri, menamakan ku yg bermaksud 'kelawar hitam'(kalo x salah la, tp ade kelawar2 la), bapaku tidak menitikberatkan hal agama dlm mendidikku, dan sampai sekarang bapaku tidak penah memperdulikan hal jodohku. jadi bolehkah ku katakan bapaku derhaka kpd ku.'

terkejut Umar bila pemuda itu bersuara. 'dgn hal2 demikian, boleh lah dikatan bapamu tidak menjalankan tgjwb yg wajib sebagai seorg bapa dgn sempurna'

Menurut Umar, tgjawab seorg bapa ada 4..
tp, hadith Rasulullah mengtakan tgjwb bapa ade 3, bermula dr memberikan nama yg baik kpd anak, mendidik hal agama kpd anak dan menentukan jodoh anak..

so...guys out there, especially future abah, papa, baba, abuya, ayah, bapak, daddy, father..sgt berat tgjwb kamu. bermula dr memilih seorg isteri yg bakal menjadi ibu kpd anak2 kamu sehinggalah penentuan jodoh anak2 nanti..wallahualam..

berat tgjwb lelaki, besar tanggungan..sebab tu la, kalo wasiat, anak lelaki dapat 2/3 harta, sepadan dgn tgjwb yg diamanahkan oleh Allah..so kpd lelaki2 di luar sane, persiapkan diri utk menjadi suami n ayah yg soleh =)

kalo anak wat salah, ibubapa WAJIB TEGUR
kalo ibubapa ade salah, anak2 TAK WAJIB tegur..tp Allah x larang..tegur tp jgn sampai menyakitkan..dlm erti kata lain, jgn sampai jatuh derhaka
tugas asasi ibubapa adalah memebesarkan anak2

kalo isteri wat salah, suami WAJIB menegur
kalo suami ade salah, ister TAK WAJIB tegur, tp mcm kes kat atas, Allah x larang...tp jgn sampai memudaratkan diri...
so, tugas seorg suami utk mendidik n memimpin isteri dan anak2 kejalan yg benar, ke arah kebaikan

okies..wanna share one more info here...tahukah anda...eceh...cam iklan astro plak ;)

ade 2 situasi berpuasa...kalo kite kene g overseas la..

1-katelah kite berpuasa d Malaysia, pas2 kite kene pegi ke satu tempat yg ade perubahan masa, maksudnye time x same dgn Msia. kite dh puasa hari ke-30. sampai2 kat tempat tu, diorg ade satu hari lg kene puasa, esoknya baru cukup 30 hari. sedangkan kite dh puasa 30 hari, kite x boleh ikut puasa. kite kene raya. sebab haram kalo kite puasa pd hari ke-31 tuh. so, kite kene raye wpun org2 kat negara tu puasa

2-tp...kalo kite pegi kat tempat lain plak, n puasa kite br 28 hari. n puasa kite x cukup 30 hari, n tempat tu esoknye dh masuk 1 syawal. ha......kalo kes cam ni, kite kene ikut raye..sambut raye dulu...so, ar...x puasa la...tp...lg 2 ari tuh?okies...pas raye tu, kite kene qada' la puasa yg kite x cukup 2 ari tuh...

faham x sy tulis ni...hehehe?

wallahualam....

secebis ingatan utk dikongsi bersama =)

.: taubat seorang hamba :.

by irsyadee feat hafiz hamidun

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...