~ my friends ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, September 1, 2012

.: erti hidup pada yang memberi :.

assalamualaikum =)


erti hidup pada yang memberi =)
tersentuh hati melihat senyuman penuh keihlasan dan kesyukuran mengucapkan terima kasih anak2 itu
indah rupanya perasaan memberi
jika selama ini asyik menerima
apa salahnya sekali sekala menjadi pemberi, apatah lagi di bulan penuh dengan lumpahan pahala yang Allah nak bagi
saya percaya setiap rezeki yang Allah beri kepada kita sebenarnya ada portion untuk yang kita harus kongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik
ada hikmahnya Allah jadikan manusia dalam pelbagai golongan berkemampuan, kurang berkemampuan, kaya dan miskin
yang kurang berkemamapuan dan miskin terus berdoa agar dilimpahkan rezeki
yang kaya dan berkemampuan berkongsi rezeki yang diterima dengan mereka yang tidak berkemempuan ini
Allah, indahnya hidup aturan Illahi

Allah dah jadikan hidup kita ini cukup cantik
kalau semua adalah orang kaya, kita tidak akan dapat merasa nikmat memberi

betul, cubalah
akan terasa nikmat kegembiraan
apatah lagi bila melihat keihlasan senyuman insan yang menerima itu

di bulan ramadan yang tinggal beberapa hari lagi, gunakanlan kesempatan yang da untuk menjadikan kita insan yang suka memberi dan berkongsi daripada menjadi penerima selamanya

kagum sebenarnya melihat beberapa kumpulan yang aktif melakukan amal dan berkongsi dengan mereka yang berkemampuan
kagum dengan semangat juang mereka
salah satu yang terkesan di hati adalah telekung project
saya selalu berangan-angan untuk melakukan seperti itu, tapi mungking belum sampai daya saya lagi.
buatlah setakat yang mempu

bila menulis tentang telekung projecy ni, teringin pulak tasanya untuk mencuba.
seorang ibu bersama 2 orang anaknya bermula dengan membasuh telekung-telekung yang berada di surau2 stesen minyak dan meletakkan kembali telekung tersebut ke tempat asalnya agar sennag digunakan oleh mereka yang lain yang ingin bersolat

harap harap saya mampu melakukan sesuatu seperti mereka

ERTI HIDUP PADA YANG MEMBERI =)

Tuesday, August 28, 2012

kadang-kadang dalam hidup ini kita tidak semestinya akan selalu menang. adatlah, ada kalah, ada menang
tak semestinya kata kita sahaja yang betul. cuba dengar kata orang lain dan kaji, mungkin ada betulnya juga

mengalah bukan bererti kalah, sebalinya menang kerana berjaya mencari  perdamaian

terasa hendak memulakan hidup sendiri. tapi takut ada hati yang terguris, ibarat menarik rambut dalam tepung. rambut tak putus, tepung tidak bersepah...
*erk...ada ka ayat dia macam tu?hantam saje lah*

aish...jiwa kacau...tapi kena decide dalam masa terdekat..
oh Allah, please make things ease for me..

agar hati insan-insan yang disayangi tidak terguri dan insan yang paling disayangi tidak berkecil hati dan mengalirkan air mata... =(
assalamualaikum
dan hye! ^_^
masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri!
maaf zahir dan batin!

dan buat pertama kalinya sejak baligh...saya puasa penuh sebulan!
erk...jangan bat spekulasi itu..saya puasa penuh mungkin sebab alya masih menyusu badan =)

heee...raya tahun ini kali pertama beraya di rumah mertua
sedih dan sayu sebab first tie tidak beraya dengan ummi tercinta..
tapi raya ke4 seronok sebab balik penang semua sekali..
suke...suke... ^_^

rumah ibu mertuaku adalah sangat didatangi orang sanga ramai dari hari raya ke4 sehingglah sebelum saya bergerak ke penang pada hari raya ke4..
*letih basuh pinggan*

dan makan sangat banyak....ish ish...no good!

dan sekarang dah back ti work...heee....banyaknye kerja kene buat..lepas tu dengar2 macam sekolah cuti awal bulan 11, so time is running out!
syllabus takj habis lagi...pbs tak settle lagi...
*stress*

seminggu lebh berkepit dengan alya najihah, semalam macam alya tau2 je yang ummi dia nak start keje..
punyala manja..nak didukung dan dipeluk2 aje..
suus bitol pon tak mau...nak nyut nyut aje...
*pergi sekolah pon dok terbayang muka comel dia...adeh...NAK JADI SURIRUMAH BOLEH?*

banyak sebenarnya nak tulis, sambung nanti...
mau pergi siapkan minit mesyuarat math yang tertangguh itu...hehehehe

Monday, August 13, 2012

.: 10 malam terakhir :.

assalamualaikum ^_^
dan juge selamat pagi =)

diam tak diam, kita semua dah berada di 1/3 terakhir bulan ramadan..
alhamdulillah setakat hari ini saya puasa penuh..
macam mana dengan amal ibadat kia?
harap2 semuanya baik dan dipertingkatkan di malam2 terakhir ini...
alhamdulillah setakat hari ini masih mampu untuk berjaga walau keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan...
dari baba, umi sampai ke alya..kami semua selsema...huhuh..
tapi kena kuat semangat..
andai ini ramadan terakhir, harapnya malan diterimaNya..
tapi terus berdoa agar terus diberi peluang untuk bertemu ramadan di tahun depan...
i just love ramadan =)

2 minggu lepas ada ceramah sempena nuzul al-Quran. suami kak yati harun iaitu ustaz dari maahad hamidiah kajang datang sekolah untuk bagi ceramah
sangat2 interesting, informative dan yang penting asya tak mengatuk!
hihihihi...
students pun dengar dengan khusyuk dan bila ustaz mahathir bercerita especially tentang azab di kubur, pasal ibu bapa, terkesan juga di hati anak2 itu..

yang menarik perhatian saya, ustaz mahathir bercerita tentang azab di kubur tentang solat...
setiapa malan kita akan dipersoal dan kita tidak akan mampu berbohong..kenapa?
kerana setiap anggota badan kita akan menjadi saksi bagi setiap amalan kita.
yang paling utama akan dihisab adalah solat, 
SOLAT KAN TIANG AGAMA!
kalau solat tidak terjaga, macam mana pula amalan yang lain..
masa di alam kubur nanti, soalan yang akan ditanya adalah, 
manakah solat pertama kamu selepas baligh?
jika tiada, maka azab akan diberi,
ditanya lagi solat kedua kamu?
tiada?diazab lagi...
amat pedih azabnya, tubuh kita akan hancur berkecai dan akan dipulihkan semula untuk dihitung lagi amalan2...
ustaz mahathir tambah lagi, tiba-tiba ada satu azab tiba dari neraka..
di azab kenapa?
kerana anaknya tidak mendirikan solat!
kerana anak tidak mendirikan solat, ayahnya akan diazab di alam barzakh!
nauzubillah

kesian kat ayah kita =(
ingatan saya buat semua di luar sana, terutama anak-anak yang masih remaja (anak2?terasa tua lol!)
janganlah tinggalkan solat
bak kata ustaz mahathir, bila kite tinggalkan solat, umpama kita mendoakan ayah kita diazab di kubur nanti..
TAK NAK!!!!!!!!
semua kita sayangkan ayah kita kan?
terutama anak2 lelaki di luar sana, solatlah kerana ramai di dalam alam barzakh sana kalau boleh nak kembali ke dunia untuk kembali menunaikan solat..
bila tiba saat itu, tiada gunanya lagi

selagi Allah mengizinkan kita untuk terus bernyawa dan berdiri di bumi pinjamanNya, solatlah!
teringat kat arwah abah,
Allah, jangan seksa abah saya atas kesalahan yang saya lakukan =(

*peringatan untuk diri sendiri yang ada kalanya hanyut dibuai arus duniawi*
wallahualam

Tuesday, August 7, 2012

.: rakib atid :.

lesson learnt!
teringat masa hari selasa lepas buka puasa kat masjid besu dgn ummi n kawan2 umi..so alya pun sgt gembira sebab ramai nenek yang melayan...hihihi..
seronok sembang2 dgn mereka2 ini...banyak ilmu dapat..
ada sorang makcik tu buka cerita tentang maliakat rakib dan atid yang mencatat setiap amalan kebaikan dan perbuatan kejahatan di kanan dan kiri kita yang kita lakukan..tidak terlepas walau satu amal baik atau perbuatan jahat yang kita lakukan..

erm...saje saje google pasal rakib dan atid..baru saya tahu..ada a few blogs mentioned that malaikat yang menulis tu bukan nama rakib dan atid, sebaliknya kedua2 malaikat bersifat rakib atid..apa maksud rakib dan atid?

Allah SWT berfirman:
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ . إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ . مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Mafhumnya: “Tiada satu ucapanpun yang dilafazkan melainkan ada malaikat yang memerhati dan yang selalu hadir.” (Qaf: 18) 

berdasarkan ayat di atas, apa yang saya faham dan berdasarkan pembacaan dari beberapa blog yang mmebincangkan tentang hal ini, kedua-dua malaikat yang mencatat baik dan jahat yang kita lakukan bersifat rakib ( memrhati) dan atid (hadir). dan bila saya baca dan fikir, haruslah kedua dua malaikat ini mempunyai sifat2 tersebut untuk memastikan setiap malan yang kita lakuakn tidak terlepas dari pandangan untuk dicatit bagi perhitungan di akhirat kelak...
wallahualam

make me think...banyaknya dosa yang dilakukan...takutnye bila memikirkan pahala yang dibuat tidak cukup untuk overtake dosa yang banyak...

hmmm....perubahan dah ada...tapi sedikit goyanh sebab sangat lah liat nak istiqamah....
sedih =(((((((